27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Syukur Dilantik Profesor Adjung UiTM – ‘Sezarah Ilmu Kita Kongsi, Jadi Jariah Sampai Bila – Bila’

    Shopee Sale

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan terharu selepas dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Pesan Kepada Fattah Amin Jaga Amira Othman – ‘Dia Wanita Solehah, Insya-Allah Akan Jadi Isteri Solehah’

    Pengiktirafan

    Menerusi hantaran di Instagram Siti, 46, berkata, pengiktirafan itu bukan sekadar penghormatan buat dirinya, tetapi juga dianggap sebagai satu amanah dan tanggungjawab untuk terus berbakti kepada masyarakat.

    Terima kasih kepada UiTM kerana mempercayai saya menjadi sebahagian dari keluarga besar kalian.

    Setinggi-tinggi rasa terima kasih kepada Yang Berbahagia Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FBM) UiTM Profesor Ts. Dr. Shafinar Hj. Ismail, pengurusan tertinggi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan serta seluruh barisan pentadbir dan warga akademik UiTM.

    Jelas pelantun lagu Jerat Percintaan itu, dia tidak menyangka pengalamannya dalam industri seni dan keusahawanan dipandang tinggi oleh UiTM.

    Siapalah saya untuk berdiri sama tinggi dengan kalian tetapi saya terharu kerana pengalaman dan usaha saya dipandang oleh golongan akademik untuk saya berkongsi sesuatu dengan mahasiswa keusahawanan.

    Tambah ibu dua anak itu, ilmu tidak semestinya datang daripada buku semata-mata, sebaliknya pengalaman hidup juga merupakan satu bentuk pembelajaran yang bernilai untuk dikongsikan.

    Sijil saya adalah proses pembelajaran, ijazah saya hanyalah pengalaman. Namun sezarah ilmu yang kita kongsikan akan menjadi jariah yang kekal sampai bila-bila.

    Alhamdulillah. Profesor Adjung ini adalah komitmen dan tanggungjawab. Doakan saya untuk dapat terus berbakti kepada anak bangsa.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  [VIDEO] Farah Lee Tangguh Pembedahan Cyst, Tumpu Misi Kemanusiaan – ‘Saya Tunggu Lepas Raya’

    The post Siti Nurhaliza Syukur Dilantik Profesor Adjung UiTM – ‘Sezarah Ilmu Kita Kongsi, Jadi Jariah Sampai Bila – Bila’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah