27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nad Zainal ‘Langgar’ Nasihat Pensyarah Demi Jadi Pelakon, Sanggup Menabung Nak Pergi Ujibakat

    Shopee Sale

    Sudah memupuk minat dalam bidang lakonan sejak zaman universiti, aktres Nad Zainal mendedahkan dia sanggup mengumpul wang simpanan semata-mata untuk menghadiri sesi ujibakat.

    Artikel Berkaitan: Nad Zainal Trauma Tidur Atas Sofa, Dengar Bunyi Tapak Kaki Ke Dapur – ‘Sampai Sekarang Tak Tahu Siapa’

    Memang nak jadi pelakon

    Nad atau nama lengkapnya, Farah Nadiah Zainal Abidin, 36, berkata, pensyarahnya pernah menasihati supaya tidak terlalu terburu-buru menceburi bidang lakonan dan memberikan sepenuh perhatian kepada pengajian.

    Bagaimanapun, nasihat tersebut tidak menghalang hasratnya untuk mengejar impian bergelar pelakon.

    Ketika zaman belajar, saya menabung supaya boleh pergi uji bakat. Walaupun pensyarah membantah dan tidak membenarkan saya berlakon ketika masih belajar, saya tetap melanggar peraturan.

    Apa pun yang berlaku, saya tetap mahu berlakon. Selepas tamat belajar, saya berdepan sedikit kesukaran untuk mencari peluang berlakon. Jadi, saya mengambil keputusan untuk bekerja sebagai penulis skrip di MIG. Sepatutnya saya hanya menjadi talent di MIG, bukannya menulis skrip.

    Ketika itu merupakan zaman kemuncak Wawa Zainal dan MIG sedang memberikan tumpuan untuk mengembangkan kerjayanya. Sebagai talent, biasanya kami akan dibawa menghadiri pelbagai acara.

    Saya pernah bertanya bila boleh mendapatkan tawaran berlakon kerana saya tidak mahu sekadar menghadiri acara, sebaliknya mahu diberikan peluang untuk berlakon. Namun, jawapan yang diterima ketika itu hanyalah supaya menunggu.

    Nad berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Pesona Sinema sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kuala Pilah, pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Nad berkata, peluang bekerja di bawah syarikat milik Datuk David Teo itu akhirnya menjadi titik permulaan kepada perjalanan seninya apabila dia mula mendapat tawaran berlakon.

    Kerjaya saya bermula dengan pantas menerusi sebuah siri untuk Astro Ceria. Tidak lama selepas itu, saya mendapat tawaran berlakon dan sejak daripada itu saya tidak lagi berhenti daripada bidang lakonan.

    Selepas membintangi beberapa drama, saya mula menyedari pihak penerbit melihat kekuatan atau forte saya lebih kepada watak-watak tertentu.

    Pada awalnya, saya lebih banyak membawakan watak komedi dan komedi romantik. Namun, apabila mula diberikan watak dalam drama berat, tawaran untuk membawa karakter sebegitu seolah-olah tidak pernah putus.

    Sehinggalah hari ini, saya sering dikaitkan dengan drama air mata dan kisah kehidupan masyarakat kampung. Pelakon seperti saya, Nabila Huda dan beberapa nama lain juga sering diberikan kepercayaan membawakan watak sedemikian.

    Suaikan siri dengan era kini

    Bercerita mengenai kelangsungan kerjayanya dalam industri seni, isteri kepada Ungku Ismail itu mengakui perlu bijak menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, terutama dengan kemunculan ramai pelakon generasi baharu.

    Dalam era sekarang, saya perlu memikirkan bagaimana untuk terus mengekalkan kedudukan dalam industri seni. Maklumlah, ramai pelakon baharu berusia 20-an muncul. 

    Bagaimana golongan lebih muda ini mahu mengenali saya? Saya rasa bertuah kerana masih diberikan rezeki menerusi projek-projek yang bakal datang.  Sebab itu, penggunaan media sosial saya lebih tertumpu kepada mempromosikan projek yang saya terlibat.

    Kebanyakan pelakon sekarang sudah mempunyai pasukan pencipta kandungan sendiri. Jadi, saya turut melakukan perkara yang sama.

    Bagaimanapun, untuk hal-hal peribadi, saya lebih selesa berkongsi dalam kadar minimum. Saya rasa lebih tenang begitu kerana mahu memberikan fokus kepada kerja sahaja. Biarlah hasil kerja yang bercakap bagi pihak diri saya.

    Dalam perkembangan lain, Nad tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Denu yang akan turut bersaing bersama Aida Amron (Badak), Shasha Abedul (Malam Terlarang), Fish Liew (Pavane For An Infant) dan Mimi Lama (Polong)

    MENARIK:  Aishah Mahu Fokus Jaga Anak & Kucing Peliharaan – ‘Tiada Suami Tidak Bererti Tak Bahagia’

    The post Nad Zainal ‘Langgar’ Nasihat Pensyarah Demi Jadi Pelakon, Sanggup Menabung Nak Pergi Ujibakat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah