Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali menjelaskan keputusannya memilih pelawak Nabil Ahmad sebagai rakan kolaborasi bagi lagu raya terbarunya.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Dipuji Berbakat Dalam Lakonan – ‘Power, Bukan Kategori Kayu’
Artikel Berkaitan: Video Nyanyi ‘Terkucil’ Ditular Semula, Nabila Razali Tak Ambil Hati – ‘Saya Pergi Kelas Vokal’
Nabil Ahmad sebagai rakan duet

Ketika ditemui , Nabila atau nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali, 34, memaklumkan Nabil Ahmad menjadi pilihan utama sejurus mendengar demo lagu rayanya.
Tambah pelantun lagu Peluang Kedua itu, dia menyifatkan pelawak berusia 43 tahun itu sebagai seorang figura yang berpersonaliti kuat.
Waktu saya dengar demo, saya dah tahu rakan duet itu tak boleh sebarangan penyanyi. Kena ada seseorang yang mempunyai karakter yang kuat.
Bila saya berbincang dengan pengurus saya, nama Nabil Ahmad terus muncul dalam kepala.
Waktu itu terus kita buat panggilan. Nabil setuju tanpa dengar demo lagu lagu.
Saya sangat bersyukur dapat berkolaborasi dengan Nabil untuk lagu ini.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran Lagu Raya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kuala Lumpur, pada Rabu.
Mengulas lanjut tentang lagu raya, Nabila memaklumkan bahawa lagu yang berjudul Tak Sabar Nak Raya ini merupakan kisah prekuel yang melengkapkan naratif raya.
Sebenarnya lagu ini prekuel.
Lagu ‘Raya Mana’ itu dah kahwin, dah fikir nak raya mana. Tapi kali ini ada sedikit babak mengenali seseorang.
Jadi lagu Tak Sabar Nak Raya ini sebelum Raya Mana.
Lagu Tak Sabar Nak Raya ini merupakan hasil ciptaan Brendan Lim Seng Meng, Denise Chan Li-Hsia, Foong Le Xin serta Asyraf Nasir, manakala MFMF bertindak sebagai produser dan penyusun muzik.
Para peminat boleh mendengarkan lagu raya Nabila Razali berjudul Tak Sabar Nak Raya di platform digital muzik utama termasuk Spotify, Apple Music dan You Tube Music mulai 27 Februari ini.
The post Nabila Razali Pilih Nabil Ahmad Duet Lagu Raya, Puji Miliki Karakter Kuat – ‘Dia Setuju Tanpa Dengar Demo’ first appeared on OHBULAN!.





