32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafiq Yusof Akui ‘Blood Brothers’ Filem Aksi Paling Susah Dihasilkan, Mahu Bersaing Di Peringkat Antarabangsa

    Shopee Sale



    Di sebalik kemeriahan Aidilfitri, syarikat produksi filem terkenal iaitu Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios, dengan bangganya mempersembahkan sebuah filem aksi yang begitu mendebarkan iaitu ‘Blood Brothers: Bara Naga’.

    Filem aksi sukar untuk dihasilkan

    Mendapat arahan dua pengarah berbakat besar iaitu Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ ini bakal menyajikan aura gelap dunia mafia yang jarang diterokai dalam industri perfileman tempatan buat peminat filem aksi tanah air. 

    Selaku pengarah, Syafiq menyifatkan filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ ini sebagai salah satu filem aksi yang paling sukar untuk dihasilkannya.

    Sungguhpun begitu, anak kepada penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam yakin filem ini berupaya untuk membuka satu lembaran baru dalam dunia perfileman tanah air.

    Saya akui filem ini merupakan filem aksi paling sukar untuk saya hasilkan. Dua tahun penuh dedikasi telah kami curahkan untuk menghasilkan filem ini.

    Setiap peringkat, bermula daripada perancangan, penulisan, penggambaran, hingga  pascaproduksi, menyaksikan usaha gigih daripada seluruh kru dan pelakon.

    Saya yakin filem ini akan membuka lembaran baru dalam industri filem negara dan memberi inspirasi kepada karyawan lain untuk menghasilkan karya yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

    Sementara itu, Abhilash Chandra selaku pengarah bersama menyifatkan kerjasama bersama Syafiq untuk menghasilkan filem ini sebagai satu perjalanan yang luar biasa.

    Bekerja dengan Syafiq Yusof untuk ‘Blood Brothers: Bara Naga’ memang satu perjalanan kreatif yang luar biasa.

    Kerjasama ini beri kami peluang untuk teroka idea baru dan cipta satu cerita yang berkesan dan kuat.

    Setiap babak ada impak dan tujuan tersendiri, dan saya yakin penonton dapat rasa terhubung dengan jalan cerita yang kami bawakan ni.

    Filem Blood Brothers

    Filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ memaparkan perjalanan hidup Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.

    MENARIK:  Ismail Izzani Dah Lali Dengan Gosip Cinta, Akui Sedang Kenal Hati Budi Artis Indonesia – ‘Kami Dah Kenal Setahun Di Media Sosial’

    Sejak itu, Ariff mengangkat bai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.

    Namun, ketika sebuah pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama. Dalam keadaan terdesak untuk membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada abang kandungnya yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).

    Sementara itu, Ghaz diamanatkan untuk memburu dan menangkap Ariff lantas menyerahkannya  kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam. 

    Mampukah Ariff membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan mendapatkan kembali kepercayaan Ghaz? Atau adakah nasibnya berakhir dengan kematian di tangan Blood Brother yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri?

    Jangan lupa untuk saksikan filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’  yang bakal ditayangkan di 146 pawagam terpilih negara bermula 10 April ini.

    Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif ‘Blood Brothers: Bara Naga’, jangan lupa ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah