Pelakon, Nabila Huda mengakui penat menanggung rasa sedih dan rindu yang dirasakan seolah-olah tidak berpenghujung, hingga memberi kesan mendalam terhadap emosi dan kehidupan hariannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Hidap Slip Disc, Tidak Mahu Cuti Demi Teater Muzikal – ‘MC Tiada Dalam Kamus Hidup’
‘Sedih tiada penghujung’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Nabila, 41, mengakui perasaan itu semakin membebankan meskipun sudah bertahun-tahun cuba dipendam dan dihadapi sendirian.
Sejujurnya saya penat, ‘fed up’ dengan rasa yang mungkin takkan pernah hilang.. Rasa sedih yang macam tiada penghujung. Rasa rindu yang tak pernah habis. Sangat susah dijelaskan.
Saya faham segelintir di luar sana cakap suruh buang ego, berdamai. Tapi ini bukan soal ego, bukan soal berdamai. Ini soal kedamaian itu datang. Tapi sementara.
Bila seorang sahaja yang pegang, walau sekuat mana pun cuba kukuhkan, akhirnya tetap runtuh. Dan kebahagiaan itu jadi sementara lagi. Bertahun-tahun, pusing balik ke tempat yang sama.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai beranggapan luahan tersebut berkait rapat dengan polemik keluarga yang melibatkan bapanya, Datuk Amy Search, serta ibu tirinya.
Dalam perkongsian sama, Nabila mengakui dia cuba menjalani kehidupan seperti biasa dan berusaha untuk melangkah ke hadapan, namun perasaan itu tetap hadir dan sukar untuk dilepaskan.
Saya cuba hidup seperti biasa. Saya berusaha sedaya upaya melupakan perkara itu dan melangkah ke depan. Hanya hidup dengan diri sendiri, tapi rasa itu tetap ada. Untuk menanggungnya sangat berat.
Sampai saya jadi benci nak keluar rumah. Tak nak berjumpa muka-muka yang pernah saya sayang sepenuh hati. Tapi akhirnya jadi pengkhianat dan luka yang paling dalam.
Tambah Nabila, dunia lakonan menjadi satu-satunya ruang yang memberikan ketenangan walaupun hanya bersifat sementara.
Sebab itu saya hanya gembira jika di set penggambaran dan di rumah sahaja, sibukkan diri. Rasa gusar dalam diri akan hilang walaupun sementara.
Rasa gembira, rindu, hancur, marah, sedih semua dalam satu masa. Itu semua sangat menyedihkan atau mungkin saya tidak patut berada di situ pada awalnya.
Sumber: Instagram
The post Nabila Huda Penat Tanggung Rindu, Rasa Sedih Tiada Penghujung – ‘Ini Soal Kedamaian Datang Sementara’ first appeared on OHBULAN!.





