29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muaz Zabir Akui Aidilfitri Terasa Kosong Tanpa Arwah Bapa – ‘Setahun Tak Lalu Tempat Kemalangan Itu’

    Shopee Sale

    Pelakon Muaz Zabir mengimbas kembali kenangan menyambut Hari Raya bersama arwah bapanya yang meninggal dunia tujuh tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: Muaz Zabir Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah -‘Muka Saya Berdarah & Luka’

    Artikel Berkaitan: Muaz Zabir Fokus Perbaiki Diri, Pasang Niat Sambung Belajar – ‘Saya Berusaha Menebalkan Poket’

    Kemalangan jalan raya

    Ketika ditemui , Muaz atau nama lengkapnya Muaz Mohamad Zabir, 29, mengakui pemergian arwah bapa, secara mengejut telah meninggalkan kesan yang mendalam sehingga dia berasa tidak tenang setiap kali memandu di kawasan kemalangan tersebut.

    Arwah meninggal sebab kemalangan jalan raya. Seminggu sebelum puasa pada tahun 2019. Kami sekeluarga memang terkejut sangat.

    Setahun saya tak lalu tempat kemalangan itu..dekat terowong bawah Sunway Pyramid. Saya sanggup pusing jauh.

    Arwah naik motor masa tu, tapi nak buat macam mana sudah ajal.

    Menurut Muaz, semenjak peristiwa duka tersebut, sambutan Aidilfitri keluarganya tidak lagi sama seperti dahulu.

    Tahun ni tahun ketujuh. Tetap rasa kosong sebab dia sangat penting dalam keluarga.

    Walaupun ayah bukan anak sulung atau anak bongsu, orang tetap akan cari dia dulu bila balik kampung. Raya tahun 2020 tanpa dia memang terasa sangat bezanya.

    Kenangan bersama arwah

    Bagaimanapun, Muaz berkata, dia akan tetap meraikan Hari Raya dan meneruskan tradisi arwah bapanya iaitu mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan pulang ke kampung halaman.

    Ibu dan ayah saya sekampung, jadi memang Muaz akan balik.

    Arwah abah pernah pesan, kalau kerja tapi tak dapat cuti raya, berhenti kerja! Semangat kekeluargaan arwah sangat tinggi.

    Apa jadi pun saya tetap akan balik kampung sebab sudah diajar dari kecil kepentingan kekeluargaan itu.

    Dalam pada itu, pelakon drama Dorm 403 ini turut berkongsi antara momen bersama arwah bapa yang tidak dapat dilupakannya.

    Kena marah dengan dia. Dia suruh tolong kopek kelapa, saya pergi main mercun.

    Memang banyak kena marah sebenarnya, tapi marah itulah yang mengeratkan kami.

    The post Muaz Zabir Akui Aidilfitri Terasa Kosong Tanpa Arwah Bapa – ‘Setahun Tak Lalu Tempat Kemalangan Itu’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Remaja Perempuan Berusia 19 Tahun Maut dalam Kemalangan, Kepala Terputus & Otak Bersepai

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah