34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Model Russia Bangga Dengan Sokongan Rakyat Malaysia – ‘Perangai Seorang Individu Tidak Mencerminkan Keseluruhan Tempat’

    Shopee Sale

    Wanita warga Russia yang dikenali sebagai Alice Kasimova berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan ekoran dirinya yang dirakam tanpa kebenaran semasa siaran langsung.

    Artikel Berkaitan: Influencer Mohon Maaf Rakam Wanita Di Kedai Makan Tanpa Kebenaran – ‘Terikut Netizen Minta Macam-Macam’

    Artikel Berkaitan: Individu Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ojen Aiwah & Sally Whoo – ‘Tiada Niat Hasut Warganet Boikot Mereka’

    Terima kasih

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Alice Kasimova akui sedih atas pengalaman buruknya apabila menjadi mangsa gangguan seksual.

    Bagaimanapun, wanita warga asing tersebut bersyukur dengan bantuan rakyat Malaysia yang mendorong dirinya untuk membuat laporan polis.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah begitu baik dan menyokong saya.

    Pengalaman ini memang menyedihkan, tetapi kata-kata anda semua mengingatkan saya bahawa tindakan seorang individu tidak mencerminkan keseluruhan tempat.

    Malaysia ialah negara yang indah dengan rakyat yang ramah dan penuh hormat, dan saya telah merasai begitu banyak kasih sayang di sini.

    Saya sangat berterima kasih atas semua mesej, empati dan solidariti yang diberikan. Terima kasih semua. Saya tak akan berani ke balai polis kalau bukan kerana sokongan anda.

    Dan kepada para wanita, jangan biarkan sesiapa menyakiti anda walaupun hanya dengan kata-kata.

    Rakyat Malaysia jujur

    Berkongsi lebih lanjut, Alice memaklumkan bahawa pihak polis bakal menyiasat lanjut kes ini demi mendapat keadilan buat dirinya.

    MENARIK:  Isteri Nubhan Tegur Orang Ketiga ‘Pinned’ Gambar Anak-Anak – ‘Tak Perlu Berebut, Saya Bukan Ibu Tumpang’ 

    Tambah Alice, dia akan segera membantu siasatan sejurus selesai percutian yang telah dirancang di Bali, Indonesia.

    Saya tak pernah sangka perkara ini akan mendapat perhatian sebesar ini.

    Pegawai polis telah menghubungi saya dan meminta saya datang untuk beri kenyataan, tapi ketika itu saya sudah berada di lapangan terbang kerana akan berlepas ke Bali untuk percutian yang telah dirancang.

    Sebaik sahaja saya kembali ke Malaysia, saya akan ke balai polis. Saya juga ingin tahu bagaimana kes ini akan berkembang.

    Polis Malaysia menunjukkan minat untuk menyiasat perkara ini.

    Terima kasih semua, saya tahu rakyat Malaysia adalah orang yang jujur dan adil.

    Terdahulu, tindakan seorang pempengaruh merakam seorang wanita ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran mencetuskan kecaman dan netizen menganggap perbuatannya tidak sopan serta melanggar batas privasi individu lain.

    Lebih menimbulkan rasa marah, apabila pempengaruh itu didakwa mengeluarkan perkataan kurang sopan dan berbaur lucah.

    Sumber: Threads @alice_kasimova

    The post Model Russia Bangga Dengan Sokongan Rakyat Malaysia – ‘Perangai Seorang Individu Tidak Mencerminkan Keseluruhan Tempat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah