27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Nubhan Tegur Orang Ketiga ‘Pinned’ Gambar Anak-Anak – ‘Tak Perlu Berebut, Saya Bukan Ibu Tumpang’ 

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah menegur tindakan orang ketiga yang menyemat (pinned) gambar anak-anaknya di media sosial tanpa kebenaran.

    Artikel Berkaitan: ‘Adakah Ini Cara Awak Pilih Untuk Menyakiti Saya?’ – Dr Afifah Luah Rasa Hati, Rayu Nubhan Pilih Untuk Berdamai

    Artikel Berkaitan: Ibu Mentua Nubhan Didakwa Mahu RM5 Juta Jika Nak Bercerai, Tuntut Harta 50 Peratus

    Siapa benarkan?

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Dr Afifah berkongsi tangkap layar akaun milik pihak ketiga.

    Siapa benarkan pin muka anak-anak saya? Anak dia ke anak saya?

    Terima kasih orang screenshot kan.

    Kita dah block dia. Penat dengan anak orang ketiga ini.

    Gembira di atas penderitaan orang lain.

    Tak perlu berebut anak orang

    Dalam masa sama, Dr Afifah turut menegur tindakan pihak luar yang didakwa cuba merebut anak-anaknya.

    Boleh kan masing-masing sayang anak sendiri?

    Bibik ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri.

    Tegasnya, dia merupakan ibu kandung kepada tiga orang cahaya matanya sekali gus berhak untuk memberi kasih sayang sepenuhnya.

    Tak perlu berebut sangat anak saya.

    Kita ini bukan ibu tumpang tau. Itu anak-anak saya.

    Tak perlu sayang beria sangat wahai orang luar.

    Sumber: Threads @drfietawfek

    MENARIK:  Marsha Milan ‘Postponed’ Lancar MV ‘Tangisan Seorang Pendosa’, Tanda Soladariti GSF – ‘Semoga Allah Lindung Mereka’

    The post Isteri Nubhan Tegur Orang Ketiga ‘Pinned’ Gambar Anak-Anak – ‘Tak Perlu Berebut, Saya Bukan Ibu Tumpang’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah