Penyanyi, Mimi Fly menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi dan pempengaruh, Amsyar Lee yang kini sedang mengorak langkah dalam industri muzik.
Artikel Berkaitan: Amsyar Lee Tersingkir Di Semi Final ‘Sing! Asia’ – ‘Mohon Maaf Kepada Yang Menyokong Saya Dari Seluruh Dunia’
Artikel Berkaitan: Amsyar Lee Lawan ‘Stage Fright & Anxiety’ Demi Mendunia Di Sing! Asia
Mimi Fly bagi kata semangat dekat Amsyar Lee
View on Threads
Mimi membuat perkongsian itu susulan hantaran seorang pengguna Threads yang mempersoalkan sama ada Amsyar bakal mengikuti jejak penyanyi, Shila Amzah.
Mengulas mengenai perkara itu, Mimi berkata rezeki setiap manusia sudah ditentukan dan seseorang tidak perlu memikirkan perkara yang berada di luar kawalan mereka.
Rezeki tak pernah salah alamat. Bukankah begitu yang kita pupuk dalam hati kita? Jadi lepaskan segala rasa seolah segalanya dalam kawalan kita. Kita yang mengalami kehidupan, berusaha dan berdoa. Dan bersyukur segala ada.
Mimi turut meluahkan rasa bangga melihat anak seni tempatan berjaya merealisasikan impian mereka dan berharap Amsyar juga mampu mencapai kejayaan.
Sangat bangga dengan artis kita yang di luar sana, merealisasikan impian. Bukti secebis angan-angan, mampu menjadi kenyataan. Malaysia boleh! Lets go, Amsyar Lee.
Untuk info, Amsyar Lee mewakili Malaysia dalam pertandingan muzik antarabangsa iaitu Silk Way Star 2.0 2026 anjuran Kompleks Televisyen dan Radio Presiden Kazahstan bersama China Media Group (CMG).
Sumber: Threads
The post Mimi Fly Titip Kata Semangat Buat Amsyar Lee – ‘Bukti Secebis Angan-Angan, Mampu Jadi Kenyataan’ first appeared on OHBULAN!.





