29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MIFFest Ke-9 Kembali Dengan Sambutan Kukuh, Lebih 700 Penyertaan Diterima

    Shopee Sale

    Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) kembali pada edisi ke-9 dengan penuh gemilang, menampilkan deretan karya sinematik dari seluruh dunia serta meraikan kepelbagaian budaya dan bakat dalam industri perfileman.

    Artikel Berkaitan: Bront Palarae Dilantik Sebagai Duta MIFFest Empat Kali Berturut

    Artikel Berkaitan: Terima 26 Penyertaan Filem Tempatan, Joanne Goh Mahu Promosi Filem Malaysia Di Luar Negara

    700 penyertaan

    Pada tahun lalu, MIFFest menerima lebih 600 penyertaan dan pada kali ini festival filem yang mula dianjurkan sejak 2017 itu menyaksikan sebanyak 700 penyertaan diterima dari 40 negara.

    Ketika ditemui , pengasas MIFFest, Joanne Goh meluahkan rasa gembira apabila MIFFest semakin mendapat kepercayaan daripada penggiat industri perfileman antarabangsa.

    Kira-kira 700 filem yang kami terima pada tahun ini. Sekarang berada di proses semi final dan daripada 730 itu hanya 10 sahaja yang akan dipilih untuk dipertandingkan.

    Tahun ini sangat menakjubkan kerana sekitar 40 lebih negara yang menyertai.

    Goh berkata demikian apabila ditemui pada sidang media MIFFest Ke-9 di ibu negara, semalam.

    Mengangkat tema Resonance, Goh berkata MIFFest edisi ke-9 pada tahun ini disifatkan sebagai satu kuasa yang berterusan melampaui jasad dan rohani meskipun selepas filem tamat.

    Filem tidak berakhir apabila layar menjadi gelap, ia terus bergema dalam perbualan, ingatan dan dalam harapan senyap dan sunyi, mereka mencari maruah dan kebenaran.

    Di MIFFest gema ini bertemu, memperkasa dan memberi nyala berani kepada para penglipurlara dan mengangkat kesegeraan suara mereka.

    ASEAN on Screen

    Mengulas lanjut, Goh berkata ASEAN On Screen kembali untuk edisi kedua meneruskan misi dalam meraikan penceritaan Asia Tenggara serta memperkukuh kerjasama serantau.

    MENARIK:  [VIDEO] Adriana Adnan Tegur Pempengaruh Minta Makanan Percuma – ‘Janganlah Meminta-Minta, Mereka Mencari Rezeki’

    Tidak hanya itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) juga masih kekal sebagai rakan strategik bagi penganjuran MIFFest kali ini.

    Pada sidang media itu, Goh turut mengumumkan pelantikan empat pelakon berkaliber iaitu Bront Palarae, Daiyan Trisha dan Siti Saleha sebagai duta rasmi MIFFest 2025.

    Tahun ini kita ada Bront Palarae, Jack Tan, Daiyan Trisha untuk tahun yang kedua dan buat pertama kalinya untuk Zizan Razak.

    Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan empat selebriti terkenal ini.

    The post MIFFest Ke-9 Kembali Dengan Sambutan Kukuh, Lebih 700 Penyertaan Diterima first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah