30.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuja Syaitan Bakal Tayang 15 Oktober, Himpunkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar & Aila Azizul

    Shopee Sale

    Peminat filem bergenre seram bakal berdepan kisah penuh misteri menerusi naskhah terbaharu, Pemuja Syaitan yang diarahkan oleh pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay.

    Artikel Berkaitan: Pernah Kecewa Kerana Ditolak, Kini Pegang Prinsip ‘Trust The Process’… Pemuja Syaitan Jadi Bab Baharu Ellyza Azizi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Liyana Jasmay Sentuh Sikap ‘Talam Dua Muka’, Akui Terkilan Datang Daripada Rakan Sendiri – ‘Kebersamaan Dalam Industri Ini Memang Tiada’

    Pemuja syaitan

    Filem tersebut diperkenalkan secara rasmi kepada umum menerusi sebuah acara eksklusif yang turut menyaksikan pengumuman barisan pelakon, pelancaran poster rasmi serta tayangan teaser trailer.

    Menerusi naskhah berkenaan, empat nama utama yang diberi kepercayaan menggalas watak penting ialah Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar dan Aila Azizul.

    Gandingan pelakon daripada latar serta generasi berbeza itu bakal menghidupkan karakter utama dalam kisah yang sarat dengan rahsia, kejadian aneh dan persoalan yang sukar dirungkai.

    Turut menyertai barisan pelakon ialah Rosdeen Subuh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay, Marsha Biddulph, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Aida Amron, Ellyza Azizi dan Dhabita Auji.

    Pemuja Syaitan mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah yang mengambil keputusan untuk kembali berkumpul di sebuah pulau terpencil bagi mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan mereka.

    Namun, suasana pertemuan yang pada awalnya dipenuhi nostalgia berubah selepas mereka menemukan semula sebuah kapsul masa yang telah ditanam bertahun-tahun lalu.

    Penemuan tersebut secara tidak langsung membuka semula rahsia lama yang selama ini disimpan, sebelum mereka mula berdepan dengan beberapa kejadian misteri yang semakin sukar untuk dijelaskan.

    Dalam usaha mendapatkan jawapan, kumpulan berkenaan mula menyedari bahawa pulau tersebut mungkin menyimpan sisi gelap yang jauh lebih mengerikan daripada apa yang mereka sangkakan.

    MENARIK:  Didie Shazry Nak Beri Separuh Duit Kemenangan Kepada Kakak – ‘Dia Sanggup Berhenti Sekolah Besarkan Tujuh Beradik’

    Menurut Liyana, Pemuja Syaitan bukan sekadar mengetengahkan elemen seram, sebaliknya turut menyentuh tentang rahsia, pengkhianatan serta sisi gelap manusia apabila berdepan dengan perkara yang berlaku pada masa lalu.

    Jelasnya, dia mahu setiap elemen dalam jalan cerita dapat disampaikan dengan baik terutama dalam membina ketegangan dan suasana yang membuatkan penonton terus berteka-teki.

    Pemuja Syaitan bukan sekadar sebuah filem horror yang bergantung kepada elemen seram semata-mata, sebaliknya turut mengetengahkan rahsia, pengkhianatan dan sisi gelap manusia apabila berdepan dengan perkara daripada masa lalu.

    Sebagai pengarah, saya mahu memastikan setiap elemen dalam cerita ini dapat disampaikan dengan baik, terutama dalam membina ketegangan dan suasana yang membuatkan penonton terus tertanya-tanya tentang apa yang bakal berlaku.

    Saya harap penonton dapat menikmati pengalaman menonton Pemuja Syaitan dan merasai sendiri debaran serta misteri yang kami cuba bawakan apabila filem ini ditayangkan di pawagam nanti.

    Selepas memperkenalkan barisan pelakon, poster rasmi dan teaser trailer kepada umum, Pemuja Syaitan kini mula mencetuskan persoalan mengenai perkara sebenar yang menghantui kumpulan tersebut di pulau berkenaan.

    Diterbitkan oleh Mermaid Studios bersama Suraya Filem Production & Distribution, Pemuja Syaitan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 15 Oktober 2026.

    Filem ini diedarkan oleh SKOP Productions Sdn Bhd, manakala Primeworks Studios bertindak sebagai Rakan Pemasaran.

    The post Pemuja Syaitan Bakal Tayang 15 Oktober, Himpunkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar & Aila Azizul first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah