32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Suami Orang Tak Payahlah Nak Mesej Menggatal, Tolong Hormat Isteri’ – Zara Zya

    Shopee Sale

    Pelakon Zara Zya mengakui menerima banyak mesej langsung (DM) daripada individu yang mahu berkenalan dengannya, termasuk lelaki yang sudah berkahwin.

    Artikel Berkaitan: ‘Ini Kali Pertama & Terakhir Saya Bawa Watak Penyondol..Bukan Takut Dibenci Tapi Untuk Diri Saya Sendiri’ – Zara Zya

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Orang Dalam Industri Tak Baik, Setiap Pekerjaan Ada Dark Side’ – Zara Zya

    Suami orang nak berkenalan dengan Zara Zya

    Ketika ditemui , Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 40, berkata dia berhati-hati untuk melayan mesej sedemikian kerana tidak mahu timbul perkara yang tidak diingini pada masa akan datang.

    Saya tiada masalah sebenarnya (bagi respons), tetapi saya fikir juga untuk hari ke depan. Takut (melayan) kerana kita tak tahu tujuan serta isi hati orang.

    Ramai yang DM termasuk peminat wanita. Cuma kalau bolehlah, untuk suami orang, tak payahlah nak mesej (nampak) menggatal sangat. Risau saya. 

    Zara berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran drama bersiri iQIYI Original, Sekali Lagi Bahagia, pada Jumaat.

    Dalam masa sama, Zara turut menitipkan pesanan kepada lelaki yang sudah berumah tangga agar menjaga batas pergaulan dan menghormati kedudukan mereka sebagai suami orang.

    Kadang-kadang saya nasihatkan juga dalam siaran langsung. Tak payah nak lebih-lebih, tolonglah hormat isteri.

    Ada benda kita boleh santai-santai serta jadikan gurauan dan ada yang tak boleh buat gurauan. Jadi, biasanya  saya tak layan dan biarkan sahaja mesej itu tanpa balasan.

    Bagaimanapun, pelakon itu turut berkongsi situasi mencuit hati apabila menerima mesej daripada golongan lebih muda yang mahu berkenalan dengannya.

    Budak-budak sekarang pun ada saya rasa punya sebab tersendiri rajin DM. Mungkin nak ikut trend. Tahu-tahu masuk DM nak berkenalan tapi panggil kita kakak.

    Situasi lucu macam ini yang kita seronok layan. Saya tahu mereka sekadar suka-suka nak gurau dan usik. Ada juga yang nak buat konten,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Zara bakal menemui penonton dalam drama Sekali Lagi Bahagia yang ditayangkan di Iqiyi. Drama tersebut turut dibarisi pelakon Izzue Islam, Afieq Shazwan, MK K-Clique, Datin Seri Noniswara serta Dayang Areeda.

    MENARIK:  Pak Ya Hidap Masalah Hempedu & Jantung, Perlu Jalani Pembedahan

    The post [VIDEO] ‘Suami Orang Tak Payahlah Nak Mesej Menggatal, Tolong Hormat Isteri’ – Zara Zya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah