30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Karamjit Sigh Kata Saya Paling Sesuai, Rasa Macam Menang Oscar’ – Irfan Zaini

    Shopee Sale

    Pelakon, Irfan Zaini mengibaratkan pujian dan restu yang diterima daripada ikon rali negara, Karamjit Singh selepas diberi kepercayaan memegang watak utama yang menghidupkan kisah dirinya dalam filem Terbang sebagai satu pencapaian besar yang setanding dengan memenangi anugerah Oscar.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Daripada Buka Tudung Dalam Babak Itu’ – Irfan Zaini

    Artikel Berkaitan: ‘Mak Tak Berapa Suka Saya Berlakon, Tak Kisah Watak Baik Atau Jahat’ – Irfan Zaini

    Dicadangkan sendiri tuan badan

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 31, mendedahkan Karamjit sendiri yang mencadangkan namanya selepas menyifatkan dirinya sebagai individu paling sesuai untuk menggalas watak utama dalam filem berkenaan.

    Dia datang peluk saya, kata sangat teruja. Dia dan Astro Shaw yang mencadangkan nama saya dan kemudian barulah pengarah kenal saya.

    Sebelum ini pengarah tak kenal saya lagi, dia belum tengok Blood Brothers ketika itu. Karamjit kata ‘Awaklah yang paling sesuai untuk merealisasikan filem ini sebagai diri saya’.

    Saya rasa itu dah macam menang Oscar (Anugerah Academy). Bila dengar sendiri daripada Karamjit, saya rasa okey alhamdulillah menjadi.

    Mengulas lanjut, Irfan berkata pada awalnya dia tidak begitu mengenali sosok Karamjit namun mengakui proses pembikinan naskhah itu membuatkan dirinya lebih mendalami kisah dan perjalanan hidup figura hebat itu.

    Saya sangat bertuah sebab saya jujur dengan semua saya pun pada awalnya tak kenal Karamjit.

    Saya kenal dia sebagai seorang pelumba stunt. Tapi bila tahu fasal dia, saya rasa sangat malu sebagai rakyat Malaysia bila tak mengenali dan tidak tahu pencapaiannya.

    Saya rasa filem ini akan membuka mata ramai orang terutamanya gen Z yang tak kenal dia lagi.

    Dalam pada itu, Irfan berharap masyarakat khususnya golongan muda terus memberikan sokongan dan menghargai kisah perjuangan legenda tempatan yang telah mengharumkan nama negara.

    Kenapa kita asyik sokong negara lain seperti FIFA tapi kita ada benda yang boleh kita bangga.

    Kita ada wira sendiri yang adik-adik, cucu-cucu dan anak-anak kita boleh mengambil sebagai contoh.

    Dalam filem yang diinspirasikan daripada kisah benar itu, Irfan memainkan watak utama sebagai Ajeet Singh.

    MENARIK:  #TriviaXTRA: Di Sebalik Imej Ceria, Nabila Razali Akui Mudah Menangis & Sukar Berjauhan Dengan Anak

    Filem arahan Chiu Keng Guan turut dibintangi barisan pelakon seperti Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

    The post [VIDEO] ‘Karamjit Sigh Kata Saya Paling Sesuai, Rasa Macam Menang Oscar’ – Irfan Zaini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah