26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Berangkat Ke China, Sebak Tinggalkan Anak-Anak – ‘Mama Harap Dapat Buat Seth Bangga’

    Shopee Sale

    Penyanyi Shila Amzah berkongsi momen menyambut hari lahir anaknya, Seth Uwais, sebelum berangkat ke China untuk urusan kerja.

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Kosongkan Jadual 10 Hari Demi Konsert Ariana Grande – ‘Dah Lebih 10 Tahun Saya Tunggu…’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Bakal Tanda Tangan Kontrak Di Sana’ – Shila Amzah Bakal Berhijrah Ke China Tahun Depan

    Shila Amzah berangkat ke China

    View this post on Instagram

    A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

    Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Shila dilihat mengadakan sambutan sempena ulang tahun kelahiran Seth yang ke-7 bersama keluarga.

    Ujar Shila, hari jadi anak lelakinya itu jatuh pada 31 Ogos lalu bagaimanapun mereka meraikannya pada Hari Malaysia.

    Hari jadi Seth sebenarnya pada 31 Ogos, tapi kami buat keputusan untuk sambut pada Hari Malaysia.

    Saya sempat buat sambutan kecil untuk Seth sebelum berangkat ke China. 

    Menurut pelantun lagu Masih Aku Cinta itu, berjauhan dengan anak-anak atas tuntutan kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah baginya. 

    Namun, dia sentiasa mengingatkan diri bahawa segala pengorbanan yang dilakukan adalah demi masa depan mereka.

    Meninggalkan mereka untuk pergi bekerja memang selalu menjadi perkara yang sukar.

    Saya selalu ingatkan diri sendiri untuk terus kuat sebab apa yang saya lakukan ini adalah untuk mereka, untuk masa depan mereka.

    Dalam hantaran sama, Shila turut meluahkan rasa kasihnya terhadap Seth selain berharap anak lelakinya itu membesar dengan baik.

    Semoga Seth menjadi anak yang soleh. Mama, papa dan semua orang sayang Seth sangat-sangat, wahai anak mama.

    Mama harap mama dapat buat Seth bangga. Saya tulis ini dalam kapal terbang dengan hati yang sangat berat.

    Lebih menyentuh hati, Shila turut berkongsi kata-kata Seth yang sering memintanya supaya tidak terlalu bekerja keras dan sentiasa gembira.

    Seperti yang selalu Seth cakap kepada mama, “Mama, mama kena kerja dengan mudah. Dan kena gembira.

    Dia tak nak mama bekerja terlalu kuat dan terlalu penat. Itu satu peringatan yang sangat besar daripada anak kecil mama. Baru berusia tujuh tahun, tapi sudah mempunyai kebijaksanaan seperti itu.

    Sumber: Instagram Shila Amzah

    MENARIK:  Azan Ruffedge Tegur Sikap Penganjur Tidak Serius Promosikan Konsert – ‘Jadikan Artis Ibarat Barang Untuk Niaga’

    The post Shila Amzah Berangkat Ke China, Sebak Tinggalkan Anak-Anak – ‘Mama Harap Dapat Buat Seth Bangga’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah