Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay menyifatkan industri hiburan ketika ini masih kurang semangat kebersamaan serta penyatuan dalam kalangan penggiat seni.
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Harap Insiden T*kam Jadi Pengajaran
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Nekad ‘Cut Sugar’, Mahu Diet – ‘Memang Berlemak & Perut Berlapis, Jangan Kutuk Saya’
Terkilan kenalan cakap belakang

Ketika ditemui , Liyana, 38, mengulas ciapannya di aplikasi Threads yang memberi petunjuk seolah dirinya menjadi bualan seorang individu.
Menurut pengarah filem seram Pemuja Syaitan itu, perkara berkenaan lebih mengecewakan apabila datang daripada kalangan rakan sendiri.
Sebenarnya kes cakap belakang tak datang daripada netizen. Saya bukan nak jatuhkan atau buka aib sesiapa tetapi kebersamaan dalam industri ini memang tidak ada.
Itu yang saya cuba nak sampaikan. Kebersamaan bermaksud kita saling memberi sokongan apabila melihat seseorang itu berkembang dan bergerak daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik.
Perkara itu bukan mudah dan saya dapat rasa ‘vibe’ tersebut.
Liyana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan pelakon Pemuja Syaitan yang berlangsung di Hextar Empire World, baru-baru ini.
Kebebasan menghasilkan karya

Mengulas lanjut, pelakon berusia 38 tahun itu berpendapat bahawa tiada istilah betul atau salah dalam menghasilkan sesebuah karya seni.
Dalam pada itu, Liyana mengakui dirinya bukan seorang yang gemar mengkritik mana-mana naskhah sebaliknya memilih untuk menjaga hubungan baik dengan semua pengarah.
Seni ini tiada istilah betul atau salah. Saya belajar bahawa seni adalah interpretasi seseorang terhadap visi dan misi mereka. Jadi, memang setiap orang akan menghasilkan karya yang berbeza.
Sejak dulu lagi memang ada yang mengkritik filem orang lain. Tetapi saya tidak suka begitu. Saya berkawan dengan semua pengarah kerana saya percaya setiap orang mempunyai cara tersendiri.
Selain itu, Liyana menganggap perkara tersebut berpunca daripada dirinya sendiri kerana sering menganggap seseorang itu benar-benar ikhlas dalam sebuah persahabatan.
Mungkin salah saya juga kerana apabila berkawan rapat dengan seseorang, saya anggap dia juga ikhlas dan mempunyai rasa yang sama terhadap saya.
Itu yang buat saya sedih sebab kalau orang yang saya tidak kenal, saya tak kisah.
Sebelum ini, Liyana berkongsi sebuah hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila mendakwa terdapat rakan industri yang bercakap tentangnya di belakangnya.
The post [VIDEO] Liyana Jasmay Sentuh Sikap ‘Talam Dua Muka’, Akui Terkilan Datang Daripada Rakan Sendiri – ‘Kebersamaan Dalam Industri Ini Memang Tiada’ first appeared on OHBULAN!.





