Pelakon, Jazmy Juma memohon doa orang ramai susulan isterinya, Farah Athirah Rozman baru-baru ini disahkan mengalami keguguran selepas dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Tak Pernah Bawa Isteri Ke Tempat Kerja – ‘Paling Penting Adalah Kepercayaan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Jawab Kritikan Sering Sarung Uniform ‘Pilot’ – ‘Kami Bertemu Tenaga Pengajar Penerbangan Untuk Tahu Pemakaian Mereka’
Minta doa

Ketika ditemui , Jazmy atau nama lengkapnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata mereka mengetahui berita sedih itu beberapa hari lalu.
Tiada rezeki lagi rasanya. Lama dah (tahu) dalam dua atau tiga hari yang lepas.
Isteri saya dalam keadaan yang baik, alhamdulillah.
Menurutnya, dia memilih untuk tidak berkongsi tentang perkara itu kerana lebih selesa perkara peribadinya tidak diketahui umum namun berharap orang ramai dapat menitipkan doa untuk kesembuhan isterinya.
Cuma saya tidak kongsi di media sosial saya sebab saya memang seorang yang sebegitu.
Saya lebih selesa untuk yang terdekat sahaja yang tahu. Doakan untuk saya dan isteri, semoga isteri saya kembali pulih semula.
Jazmy berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita pada petang Khamis.
Ketika ditanya tentang keadaan dirinya selepas mengetahui tentang perkara itu, Jazmy hanya memberikan jawapan ringkas dan memilih untuk tidak berkongsi lanjut.
Dalam pada itu, Jazmy berkata dia tidak pernah merancang untuk mendapatkan anak dan berserah segala-galanya di tangan Allah SWT.
No komen. Saya tidak boleh nak cakap apa-apa.
Tak pernah merancang pun. Kenapa nak kena rancang (pasal anak)? Kadang-kadang ada yang mahukan anak tapi susah untuk dapat.
Bagi saya merancang itu adalah perkara yang tidak perlu.
Sebelum ini, Farah memuat naik hantaran di media sosial berkongsi tentang khabar duka mengenai keguguran dan berharap mereka ditemukan di syurga kelak.
Untuk info, Jazmy dan Farah mendirikan rumah tangga pada 27 Jun lalu selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta.
The post [VIDEO] Isteri Keguguran, Jazmy Juma Mohon Doa Untuk Keluarga Kecil first appeared on OHBULAN!.





