31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mierul Aiman Mengakui Status ‘Single’ – ‘Mesra di Rumah Rasa Sepi, Tapi Saya Ada Mama’

    Shopee Sale



    Pelakon sedang meningkat naik iaitu Mierul Aiman meluahkan rasa terkejut apabila didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang yang merupakan cucu orang kenamaan.

    Hari ini baru tahu

    Menerusi laporan Astro Gempak, Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata dia tidak pasti siapakah cucu kenamaan yang dimaksudkan itu.

    Saya tak pasti dan terkejut, hari ini baru saya tahu pasal benda ini. Tapi saya memang berkawan sahaja dengan semua orang tak kira lah pelakon atau apa.

    Mungkin saya berkawan dengan ramai orang dan salah seorang nya adalah cucu kenamaan.

    Saya tak pasti cucu kenamaan yang mana satu ke apa sebab saya tak pernah selidik dengan siapa saya berkawan.

    Bercerita lebih lanjut mengenai isu percintaannya, Mierul akui masih belum mempunyai teman istimewa di dalam hidupnya.

    Sebenarnya saya single, kadang-kadang bila dekat rumah saya rasa macam sunyi jugak, tapi takpelah saya ada mama.

    Terbaru, Mierul sedang menjayakan penggambaran sebuah drama bersiri yang bakal ditayangkan September ini.

    MENARIK:  Lim Mei Fen Dedah Fattah Amin Pandai Jaga Jarak & Batas Di Set Penggambaran – ‘Semoga Allah Permudahkan Urusan Kamu’

    Antara barisan pelakon hebat yang turut serta dalam penggambaran tersebut ialah Shasha Aebdul, Naim Daniel, Nabila Huda, Kimberly Chuah dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah