Pempengaruh media sosial, Azfar Heri mendedahkan pernah melalui pengalaman menakutkan apabila menyedari dirinya diekori individu tidak dikenali.
Artikel Berkaitan: Azfar Heri Bergambar Rapat Dengan Rakan Wanita, Netizen Nasihat – ‘Jadi Influencer Yang Jaga Batas Dalam Agama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Bard Sambung Pengajian Ke Kanada, Azfar Heri Hadiahkan Beg Goyard – ‘Aku Tunggu Saat Impian Kau Tercapai’
Pengalaman Azfar
Menerusi perkongsian di audio siar Sembang Studio, Azfar mendakwa dia telah diekori oleh individu tersebut ketika dalam perjalanan pulang selepas bertemu dengan rakan-rakanya.
Menurut Azfar, individu itu mengekorinya ke mana sahaja dia pergi, bahkan ke kawasan perumahan.
Saya pernah di dalam situasi ada stalker yang mengikuti saya. Ada orang pernah ikut saya balik.
Dulu saya banyak buat vlog dan nampak kawasan rumah saya dan akan ada yang komen, ‘saya tahu dia duduk mana.’
Dua kali saya alami orang ikut saya balik dari lepak. Agak menakutkan.
Bila saya nak balik saya perasan ada kereta yang ikut dan membuatkan saya tertanya-tanya.
Saya belok ke kiri dia ikut, kemudian saya ke sebuah kawasan yang bukan perumahan saya. Rupanya dia masih ikut.
Saya dapat rasakan sesuatu, lalu saya terus ke restoran mamak dan kereta itu bergerak ke tempat lain.
Bercerita lanjut, Azfar berkata, kejadian yang sama turut berlaku melibatkan individu berbeza sehingga membuatkan dirinya berasa kurang selamat, lebih-lebih lagi apabila ada yang mengetahui lokasi kediamannya.
Pernah juga berlaku dekat lampu isyarat, tetapi ini orang lain. Dia tegur lalu ikut saya.
Sebab itu saya tak suka orang tahu saya tinggal dekat mana.
Bukan itu sahaja, Azhar juga pernah menerima pulut kuning yang tidak diketahui pengirimnya, namun dia memilih untuk tidak menjamah juadah tersebut kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
Ada suatu hari, tiba-tiba saya dapat pulut kuning.
Saya tak tahu daripada siapa, tiba-tiba ada atas rumah saya. Saya tanya jiran semua tak tahu.
Jadi, saya tak makan sebab rasa takut. Saya dapat makanan tu pula ketika waktu maghrib.
Seram, saya terus buang.
Sumber: Studio Sembang
The post [VIDEO] Azfar Heri Pernah Diekori Individu Tak Dikenali, Terima Pulut Kuning Waktu Maghrib – ‘Seram..Saya Terus Buang’ first appeared on OHBULAN!.





