Penyanyi Siti Nordiana mengakui peristiwa kematian vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik masih segar dalam ingatannya walaupun sudah 16 tahun berlalu.
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Kongsi Momen Percutian Di Iceland – ‘Dramatik Pemandangannya & Negara Paling Mahal..Sekali Makan Rm400’
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Tampil ‘Backup’ Wanita Yang Didakwa Kekasih Nubhan, Kongsi Gambar Percutian – ‘Kesian Kakakku Seorang Ini’
Masih ingat
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Siti Nordiana yang mesra disapa dengan panggilan Nana memuat naik video yang memaparkan situasi ketika dia mendapat tahu mengenai berita buruk itu pada 17 April 2010.
Jelas Nana, peristiwa hitam itu kembali bermain di fikirannya setiap kali nama Allahyarham Achik disebut.
Setiap kali orang tanya Nana pasal Achik, mesti Nana teringat balik waktu Nana dapat berita yang dia sudah tiada.
Walaupun dah 16 tahun berlalu, sampai bila-bila pun Nana takkan lupa peristiwa tu.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai apabila segelintir netizen turut berkongsi perasaan mereka apabila mendapat tahu tentang kematian Achik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengimbas kembali kenangan serta momen ketika menerima berita pemergian penyanyi itu.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post 16 Tahun Berlalu, Siti Nordiana Akui Masih Sukar Melupakan Pemergian Achik first appeared on OHBULAN!.





