25.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri Agama Pesan Selebriti & ‘Influencer’ Jadi Suri Teladan Kepada Masyarakat, Gunakan Pengaruh Sebarkan Kebaikan

    Shopee Sale



    YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berpesan kepada golongan selebriti dan pempengaruh untuk mempamerkan contoh yang baik kepada masyarakat.

    Suri teladan

    Aliff Aziz dan Ruhainies

    Mohd Na’im berkata, dengan kelebihan pengikut yang ramai dimiliki golongan tersebut, mereka boleh menjadi suri teladan dalam menyebarkan nilai murni kepada orang ramai.

    Saya mengharapkan setiap seorang daripada kita termasuk diri saya mahupun selebriti atau pempengaruh yang ada pengikut yang ramai untuk menjadi contoh kepada masyarakat.

    Sebagai orang yang ada pengaruh, sudah pasti kita mahu bawa pengikut ke arah kebaikan.

    Jadi kita bermula daripada diri kita sendiri untuk menunjukkan contoh-contoh yang baik.

    Mohd Na’im memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran program Ramadan dan Syawal 2025 TV Alhijrah yang berlangsung di ibu kota, pada Khamis.

    MENARIK:  Asmidar Dedah Alami Masalah Ketakutan, Sukar Melawan Diri Sendiri – ‘Saya Terlalu Berkeras’

    Tambah Mohd Na’im, hal itu secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebuah negara harmoni yang didiami masyarakat yang mempunyai nilai murni tinggi.

    Saya minta sangat kerjasama daripada pempengaruh, selebriti yang ada pengikut ramai untuk bawa masyarakat ini membina akhlak dan budaya pekerti serta tauladan yang baik.

    Apabila tunjuk contoh yang baik, kita dapat membina masyarakat yang harmoni di negara kita yang tercinta ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah