23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ubai Gembira Dapat Beli Helmet Arai, Netizen Teka Harga Boleh Cecah RM15,000

    Shopee Sale



    Ubai MZ

    Hasrat pempengaruh media sosial, Ubai MZ untuk memiliki sebiji helmet idaman jenama Arai jenis Ram3 Stella akhirnya tercapai.

    Helmet idaman

    Ubai MZ

    Menerusi perkongsian di TikTok, Ubai atau nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, dia sudah menempah helmet tersebut sebelum Ramadan.

    Barang yang dinanti-nantikan sudah selamat tiba, tunggu daripada sebelum puasa order. Bayar ansur-ansuran dan akhirnya dapat juga helmet idaman saya.

    Kalau perempuan suka beli emas untuk ‘invest’ pada masa depan, tetapi lelaki inilah (helmet) barangnya.

    Menerusi hantaran sama, suami kepada penyanyi, Shila Amzah itu turut berkongsi video ‘unboxing’ helmet berwarna merah tersebut.

    Meskipun Ubai memberitahu harga helmet tersebut adalah RM1,500 kepada isterinya, namun wargamaya yang singgah ke ruangan komen menafikan nilai tersebut.

    MENARIK:  Cik Epal Mohon Maaf Isu Jaga Maruah Dalam Iddah – ‘Siapa Je Kahwin Nak Cerai, Benda Ini Pertama Kali Aku Lalui’

    Menurut warganet, harga sebenar helmet itu boleh mencecah RM8,000 hingga RM15,000.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah