28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Memandu Dalam Keadaan Mabuk Adalah Pilihan Yang Mampu Meragut Nyawa’ – Zara Zya

    Shopee Sale

    Pelakon Zara Zya meluahkan kebimbangan terhadap isu pemandu mabuk yang dilihat masih berulang tanpa penyelesaian yang benar-benar tuntas.

    Artikel Berkaitan: Individu Mewakili Kaum India Mohon Maaf Insiden Pemandu Mabuk Langgar Penunggang Motor – ‘Jangan Sokong Yang Jelas Salah’

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Pertikaikan Perjalanan Hidup Seseorang, Rezeki Setiap Orang Tidak Pernah Sama’ – Zara Zya

    Perlukan tindakan tegas

    Menerusi satu hantaran di Threads, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainur Razia Mohd Zainuddin, 41, menegaskan bahawa isu ini memerlukan tindakan lebih tegas agar tidak terus meragut nyawa individu tidak bersalah, memandangkan setiap kejadian pasti melibatkan mangsa dalam kalangan orang awam.

    Seriuslah, sampai bila kita nak biarkan isu pemandu mabuk ini terus berulang?

    Setiap kali berlaku kes seperti ini, pasti ada nyawa tidak bersalah yang terkorban.

    Mereka yang keluar bekerja, yang dalam perjalanan pulang, malah yang sekadar lalu pun boleh menjadi mangsa akibat kecuaian orang lain.

    Bukan kesilapan kecil

    Dalam pada itu, Zara menegaskan agar pihak berkuasa memperketatkan lagi undang-undang sedia ada serta memastikan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih tegas.

    Undang-undang memang ada, tapi kalau masih longgar atau penguatkuasaannya tidak tegas, isu ini tidak akan pernah berakhir.

    Orang awam tiada rasa takut.

    Denda yang dikenakan pun tidak cukup memberi pengajaran.

    Hukuman pula tidak cukup berat untuk membuat mereka berfikir dua kali sebelum bertindak.

    Selain itu, pelakon drama Love You Mr. Arrogant berkata bahawa memandu dalam keadaan mabuk bukan sekadar kesilapan kecil, sebaliknya satu pilihan berbahaya yang boleh meragut nyawa orang lain.

    Memandu dalam keadaan mabuk bukan kesilapan kecil.

    Itu satu pilihan, iaitu pilihan yang mampu meragut nyawa.

    Kenapa perlu menunggu lebih ramai menjadi mangsa korban sebelum tindakan tegas diambil?

    Perketatkan undang-undang dan perkukuhkan penguatkuasaan.

    Jangan sesekali berkompromi dengan keselamatan orang awam.

    Kerana satu keputusan yang tidak bertanggungjawab di jalan raya boleh menghancurkan banyak kehidupan.

    Cukuplah, sampai di sini sahaja.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Peranan Sebenar Seorang Chef di 7-Eleven Malaysia: Pengalaman Dikongsi

    The post ‘Memandu Dalam Keadaan Mabuk Adalah Pilihan Yang Mampu Meragut Nyawa’ – Zara Zya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah