Kurangnya air dalam badan sempena Ramadan nyata memberi kesan kepada keadan kulit. Malah, ramai yang mula perasan kulit rasa lebih tegang selepas mandi seawal seminggu berpuasa.
Tidak kurang juga yang menghadapi masalah kulit cepat kering, terutama di lengan dan kaki.
Sebab itulah, penjagaan kulit ketika Ramadan bukan sekadar nak “glow” sahaja. Lebih penting adalah memastikan kulit kekal selesa dan lembap, supaya kita boleh fokus beribadah dengan tenang.
Jadi, apa yang penting? Bukan tambah terlalu banyak produk, tetapi kekalkan rutin pencucian dan kelembapan secara konsisten!
Dan disinilah rutin ringkas menggunakan rangkaian QV Body boleh membantu.
Bagaimana QV membantu melembapkan kulit
Di pasaran memang banyak produk untuk membersih dan melembapkan kulit, tapi tidak semuanya sesuai untuk jenis kulit kita.
Bila sebut tentang “lembut” atau gentle, ia merujuk kepada formulasi yang mengekalkan kelembapan kulit tanpa mengeringkan atau merosakkannya. Pada masa sama, ia sesuai untuk kulit sensitif tanpa menyebabkan iritasi atau rasa pedih.
Itulah sebabnya, pemilihan produk yang bebas pewangi, bebas pewarna, dan tiada bahan berpotensi merosakkan kulit sangat penting. Ia memastikan kulit lembap, selesa, dan bebas gatal.
QV telah diuji secara dermatologi dan diformulasikan khusus untuk menjaga keseimbangan serta kesihatan kulit tanpa kompromi.
Rutin ringkas sebelum dan selepas puasa
View this post on Instagram
Dalam bulan Ramadan yang sarat dengan aktiviti, langkah penjagaan kulit yang simple tetapi konsisten biasanya menjadi penyelamat.
1. Mulakan dengan cucian yang lembut

Ramai tak sedar, sesetengah sabun boleh membuatkan kulit jad lebih kering kerana ia menanggalkan minyak semula jadi kulit.
Menariknya, QV Gentle Wash merupakan pencuci badan tanpa sabun dan tanpa pewangi.
Dilengkapi 15% glycerin, ia membantu mengekalkan kelembapan kulit walaupun ketika mandi. Maksudnya, kulit tak rasa makin kering selepas dibilas. Sesuai sangat untuk kulit kering dan sensitif.
Ia juga mengandungi pH yang seimbang serta mengandungi 15% Glycerin yang membantu membersihkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi.
Maksudnya, kulit korang akan terasa lebih bersih dan tidak tegang walaupun selepas mandi.
Lebih-lebih lagi ketika Ramadan, selepas balik dari bazar atau sebelum bersiap untuk solat tarawih, cucian yang lembut sangat membantu mengekalkan rasa selesa pada kulit. Nak beribadah pun rasa lebih tenang.
2. Jangan skip moisturiser, terutama pada waktu malam

Selepas mandi, ini bahagian paling penting iaitu menguncikan kelembapan dalam memastikan kulit korang kekal lembap.
Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ni, di mana kita kurang minum air dari Subuh sampai Maghrib dan tanpa sedar, kulit jadi lebih mudah rasa tegang, kusam dan ada yang sampai menggelupas.
Sebab itu, waktu kulit masih sedikit lembap selepas mandi adalah masa terbaik untuk sapu losen atau moisturiser. Langkah ini membantu mengekalkan kelembapan dan mengurangkan kehilangan air sepanjang hari.
Ingat, kulit yang cukup hidrasi bukan saja kelihatan sihat dan glowing, tapi juga rasa lebih selesa walaupun berpuasa seharian. Jangan skip ya!
QV Cream dilengkapi dengan formulasi bahan pelembap termasuk Squalane iaitu komponen utama minyak semula jadi kulit yang membantu membentuk lapisan perlindungan untuk mengekalkan kelembapan.
Ia terbukti meningkatkan hidrasi kulit sehingga 30% dalam 24 jam* dan memberikan kelembapan berpanjangan.
Psst… nak kami kongsikan tip macam mana nak sapu QV Cream dengan betul tak?
Biasanya masa paling sesuai untuk sapu QV Cream adalah:
- Selepas mandi malam
- Sebelum tidur
- Selepas mandi sunat sebelum tarawih
Kalau buat rutin ni setiap hari, kulit korang bukan saja lembap, tapi rasa lebih selesa walaupun berpuasa lama.
Sesuai untuk ihram dan kulit sensitif
View this post on Instagram
Satu lagi perkara yang mungkin ramai terlepas pandang, produk QV adalah fragrance-free dan tidak mengandungi derivatif haiwan, menjadikannya sesuai digunakan ketika dalam keadaan ihram.
Buat korang yang rancang untuk menunaikan Umrah atau sekadar mahukan produk yang lebih minimal dan selamat untuk kulit sensitif sepanjang Ramadan, produk ini sememangnya mampu memberi keyakinan kepada pengguna.
Untuk pengetahuan semua, QV adalah jenama nombor 1 pilihan untuk kulit sensitif di Arab Saudi!**
Ramadan bukan tentang ‘perfect skin’

Hakikatnya, Ramadan memang bulan yang sibuk, sama ada dari segi kerja atau ibadah. Tapi skincare tak perlu rumit pun.
Cukup dengan beberapa langkah mudah untuk pastikan kulit kekal lembap dan selesa sepanjang bulan puasa. Bila kulit selesa, kita pun lebih fokus nak nikmati Ramadan tanpa gangguan macam kulit tegang atau kering.
Nak dapatkan rangkaian QV Body seperti QV Gentle Wash dan QV Cream?
Korang boleh beli secara online di Shopee rasmi QV atau dapatkannya di Guardian, Caring Pharmacy dan juga Watsons berdekatan.
Nak tahu lebih lanjut tentang rangkaian QV Body dan rutin yang sesuai untuk kulit kering dan sensitif? Boleh layari laman rasmi QV Skincare.
Penafian*: QV Cream terbukti membantu meningkatkan tahap kelembapan kulit secara purata sekitar 30% berdasarkan bacaan corneometer. Kajian ini melibatkan 33 wanita, dengan pengukuran dibuat sebelum sapuan dan sekali lagi 24 jam selepas penggunaan.
Penafian**: Berdasarkan data IQVIA Saudi Consumer Health Molecule yang terhad kepada kelas CHC terpilih bagi mentakrif kategori penjagaan kulit sensitif. Nilai jualan adalah dalam SAR/MAT Jun 2025 dan mencerminkan anggaran aktiviti dunia sebenar di Arab Saudi. Hak cipta IQVIA. Hak cipta terpelihara.
The post Masuk Ramadan Je Kulit Terus Kering? Ini Rutin Simple Yang Ramai Baru Sedar first appeared on OHBULAN!.





