27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Maria Farida Respon Wajah Didakwa Berubah – ‘Orang Bandingkan Gambar Saya Dulu Dengan Sekarang’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Seri Maria Farida berdepan dakwaan segelintir individu yang mendakwa wajahnya mengalami perubahan ketara sehingga kelihatan berbeza berbanding penampilan terdahulu.

    Artikel Berkaitan: Maria Farida Tak ‘Cucuk Muka’, Syukur Genetik Awet Muda – ‘Bila Ketawa Boleh Nampak Kedut Di Mata’

    Artikel Berkaitan: Maria Farida Masih Dikejar ‘Pucuk Muda’ – ‘Mereka Ajak Saya Dating & Kahwin’

    Cucuk muka

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Maria atau nama lengkapnya Maria Farida Atienza, akui tidak pasti sama ada dakwaan tersebut perlu dianggap sebagai pujian atau sebaliknya.

    Orang cakap ketara sangat saya buat muka. Ada juga yang cakap saya menipu.

    Saya tak tahu nak ambil perkara itu sebagai pujian atau apa sebenarnya.

    Orang bandingkan gambar saya yang dulu dengan sekarang.

    Tambah pelakon berusia 57 tahun itu, dia hanya mengamalkan gaya hidup sihat selain berusaha mengekalkan pemikiran positif dalam kehidupan seharian.

    MENARIK:  Razak Ahmad, Haqiem Rusli & Zaki Yamani Bergabung… 3 Generasi, 1 Semangat Merdeka

    Selain itu, Maria akui bahawa ketenangan minda menjadi keutamaannya ketika ini dan tidak mahu membebankan diri dengan perkara yang tidak membawa manfaat.

    Saya kekalkan gaya hidup yang sihat mengikut cara saya. Saya jadi orang yang positif.

    Tak payah nak asyik cari kesalahan orang. Jangan kelilingi diri dengan orang yang toksik. Di umur saya sekarang, saya hanya mahu ketenangan minda.

    Sumber: TikTok

    The post Maria Farida Respon Wajah Didakwa Berubah – ‘Orang Bandingkan Gambar Saya Dulu Dengan Sekarang’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah