26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marc Sadique Mahu Buktikan Bukan Sekadar Pelakon Muka ‘Handsome’, Jawab Dakwaan Anak Emas Zeel Production

    Shopee Sale

    Pelakon baharu, Marc Sadique mengakui kehadirannya dalam dunia seni masih dianggap mentah dan perjalanannya masih jauh, namun membulat tekad untuk terus berusaha mengilap bakat sehingga mampu dilihat dimata umum.

    Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Kerap Sakit Sebelum ‘Shooting’, Nafi Ada Pihak Dengki – ‘Hidung Berdarah, Demam & Sakit Mata’

    Wajah lebih jadi perhatian

    Berbekalkan wajah yang tampan, Marc, 28, berkata, dia tidak mengambil hati jika ada segelintir pihak yang mengatakan rupanya lebih menjadi perhatian serta bualan berbanding mutu lakonan.

    Jika ada lihat wajah saya lebih menyerlah berbanding bakat, saya kira ini adalah masa yang sesuai untuk terus gilap bakat saya supaya ia juah menyerlah.

    Saya juga okay sahaja jika ada yang komen muka handsome namun berlakon biasa-biasa sahaja.

    Saya mengakui saya masih baharu dalam bidang lakonan, banyak lagi perkara yang perlu saya asah dan perbaiki dari hari ke hari. Biar bakat dan rupa seiring.

    Tambah Marc, dia juga tidak tersinggung jika ada yang menyatakan lakonannya masih di tahap biasa dan kelihatan kekok sehingga dilabel ‘kayu’.

    Menurutnya, segala teguran yang diberikan diambil sebagai pembakar semangat untuk terus berikan yang terbaik dan memperbaiki diri.

    Kita tidak boleh meletakkan satu ekspetasi untuk yang baru berlakon dah jadi hebat setanding dengan pelakon legend yang lain. Untuk capai ke tahap mereka ada peringkatnya.

    Sudah pasti setiap pelakon baharu akan ada perasaan gemuruh dan nampak kayu, tetapi itu adalah proses pembelajaran untuk saya.

    Jika ada yang cakap lakonan saya kayu, saya jadikan sebagai pembakar semangat. Kalau orang tegur lakonan saya, bermakna mereka mahu saya jadi lebih bagus.

    Anak emas Hj Zeel

    Dalam pada itu, Marc juga mengulas dakwaan dirinya merupakan ‘anak emas’ kepada penerbit terkenal, Hj Zeel, memandangkan sudah empat kali membintangi naskhah terbitan Zeel Production termasuk drama terbaharu, Abang Imam Minah Skuter.

    Ini merupakan naskhah keempat saya berlakon bersama Zeel Production. Saya bersyukur Hj Zeel nampak bakat dan lakonan saya. Namun jika ada yang kata saya anak emas Hj Zeel, saya tidak boleh halang untuk orang bercakap.

    Permulaan saya berlakon dengan Zeel Production, saya melalui proses yang sepatutnya di mana saya datang sesi uji bakat, dinilai oleh mereka yang sepatutnya dan kemudian barulah saya dapat berlakon bersama Hj Zeel.

    Selain Marc, Abang Imam Minah Skuter turut dibintangi Zarif Ghazzi, Bella Dowanna, Zulin Aziz, Bella Hanna, Sharifah Rose, Amir Haikal, Khai Bahar, Usop Wilcha, Kazar Saisi, Acong Sweetchild dan Man Raja Lawak.

    MENARIK:  Bapa Meri Bulan Bintang Meninggal Dunia

    The post Marc Sadique Mahu Buktikan Bukan Sekadar Pelakon Muka ‘Handsome’, Jawab Dakwaan Anak Emas Zeel Production first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah