Malaysia kini ada platform baru untuk angkat jenama tempatan ke tahap lebih tinggi — Malaysia Brand Day 2026! Disokong oleh Pejabat Perdana Menteri dan 10 kementerian, inisiatif ini direka untuk menyokong SME, membuka peluang perniagaan, dan membina keyakinan pengguna terhadap jenama Malaysia.
Acara 3 hari ini, yang berlangsung dari 8–10 Januari 2026 di KL Convention Centre, akan menyatukan jenama daripada 16 industri berbeza. Lebih daripada 50 jenama terlibat, termasuk ZUS Coffee, A Cut Above, Applecrumby, Eu Yan Sang, Bloomthis, Carlo Rino, Ogawa, Fire Fighter, dan EE Clinic.
5 Perkara Korang Kena Tahu Tentang Malaysia Brand Day 2026

1. Platform Untuk Semua Jenama Tempatan
Ini bukan sekadar pameran, Malaysia Brand Day adalah platform nasional untuk memperkasakan jenama Malaysia, dari SME kecil hingga jenama yang sudah terkenal di peringkat serantau.
2. Peluang Bisnes & Jaringan Luas
Acara ini akan menyediakan business matching, workshop, panel industri dan leadership dialogues yang membolehkan jenama tempatan bertemu pembeli, pelabur dan penggubal dasar, membuka peluang untuk mereka meluaskan rangkaian perniagaan.
3. Sokongan Kerajaan & Industri
Dengan sokongan daripada MITI, KUSKOP, KPK, MATRADE, MyIPO, SME Corp dan TalentCorp, inisiatif ini selari dengan Rangka Ekonomi Madani, menekankan daya saing jenama tempatan dan nilai ekonomi yang inklusif.

4. Kisah Kejayaan Yang Inspiratif
Acara ini akan memaparkan jenama Malaysia yang bermula dari kecil dan kini menjadi nama besar seperti ZUS Coffee hingga Carlo Rino. Kisah mereka menjadi bukti bahawa jenama tempatan boleh bersaing, mencipta legasi, dan membanggakan negara.
5. Galakkan Orang Ramai untuk Membeli Jenama Tempatan
Selain peluang perniagaan, Malaysia Brand Day juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap jenama tempatan, sekaligus menggalakkan budaya sokong produk Malaysia dan membuka jalan untuk lebih ramai SME menembusi pasaran global.
Jenama Malaysia Mampu Bersaing di Peringkat Global
Malaysia Brand Day 2026 adalah peluang terbaik untuk jenama tempatan bersinar, belajar dan berkembang. Ini adalah pentas untuk tunjuk bahawa jenama Malaysia bukan sahaja kreatif dan inovatif, tapi juga mampu bersaing di peringkat global.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Malaysia Brand Day korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.
The post Malaysia Brand Day 2026: ZUS Coffee, Carlo Rino & Lebih 50 Jenama Tempatan Bersama-Sama! first appeared on OHBULAN!.





