Pelakon Wan Sharmila mengakui pernah berasa malu dengan dirinya sendiri apabila mengenang kembali jawapan yang pernah diberikan berkaitan ibadah Umrah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wan Sharmila Kongsi Cara Terbaik Tangani Stres – ‘Kena Tenang & Belajar Lepaskan Segala Urusan Pada Allah’
Artikel Berkaitan: Terjerut Selendang Jemaah Sehingga Alami Sesak Nafas, Wan Sharmila Kongsi Detik Cemas Selepas Berdoa Di Multazam
‘Jangan paksa’
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian video oleh Hayya Travels & Tour di Instagram, pemilik nama sebenar Wan Sharmila Wan Muhamed berkongsi bahawa disebabkan dirinya sering melancong, ada yang mengajukan soalan mengapa dia tidak mengambil peluang tersebut untuk menunaikan ibadah umrah.
Namun ketika itu, dia menjawab perkara tersebut tidak boleh dipaksa kerana baginya ibadah seperti berkenaan tidak wajar dilakukan secara terpaksa.
Sebab saya banyak berjalan pergi bercuti, jadi ada orang pernah tanya ‘kau ada duit, tak nak pergi buat ibadah Umrah ke?’.
Tapi saya jawab ‘Eh jangan paksa la, benda tak boleh paksa’.
Malu pada Allah

Berkongsi lebih lanjut, aktres drama ‘Tipah Vavavoom’ itu berkata selepas pertama kali berpeluang menunaikan umrah, dia berasa sangat malu kepada Allah kerana pernah memberikan jawapan yang disifatkannya sebagai sombong dan angkuh.
Saya sedar cara jawab itu sombong, angkuh dan bongkaknya saya.
Ujarnya, pengalaman itu menyedarkannya bahawa walaupun seseorang pernah tersilap kata atau tanpa sedar mengucapkan perkara yang kurang baik, Allah tetap memberi peluang kepada hamba-Nya untuk berubah dan memperbaiki diri.
Bila pertama kali saya dapat pergi tunaikan ibadah Umrah, saya macam malunya dengan Allah tapi saya dijemput
Allah jemput seorang yang menjawab dengan jawapan yang sangat sombong.
Bagi saya, semestinya semua orang kadang-kadang bila bercakap itu secara tidak sengaja keluarkan apa yang tidak sepatutnya.
Sumber: Instagram Hayya Travels & Tour
The post [VIDEO] ‘Jangan Paksa Saya Buat Umrah’ – Wan Sharmila Akui Malu Pernah Bagi Jawapan Sombong first appeared on OHBULAN!.





