29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia Bangga! Anna Jobling Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025

    Shopee Sale

    Pelakon, Anna Jobling sekali lagi mengharumkan nama negara apabila tercalon dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 yang bakal berlangsung 2 Oktober depan di Korea Selatan.

    Artikel Berkaitan: Anna Jobling Takluk Pasaran Indonesia Bukan Kerana Kroni Atau Individu Berpengaruh – ‘Saya Hadir Ke Uji Bakat’

    Seoul International Drama Awards

    Anna menerima pencalonan berprestij itu menerusi lakonannya dalam drama “Hai Cinta, Dengarkanlah” yang ditayangkan di slot Akasia TV3.

    Dalam drama tersebut, Anna membawakan watak Cahaya, seorang wanita yang kehilangan suami pada hari ulang tahun perkahwinan mereka dan sedang menanti kelahiran anak pertama.

    Saya benar-benar terkejut dan terharu dengan pencalonan ini. Ini merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk seluruh pasukan produksi ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’.

    Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan sepasukan, dan para peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia!

    Saya sangat berterima kasih dan teruja dengan pencalonan ini. Ini bukan sahaja satu penghargaan untuk saya secara peribadi, tetapi juga satu kebanggaan buat Malaysia dan TV3 yang sentiasa menyokong karya seni tempatan.

    Saya akan lakukan yang terbaik untuk membawa nama Malaysia lebih tinggi di pentas antarabangsa.

    Anna kini dianggap antara pelakon muda paling berpengaruh di Malaysia selepas beberapa kali memenangi anugerah dan membintangi drama-drama hit TV3.

    MENARIK:  [VIDEO] Lan Pet Pet Dikecam, Didakwa Buat Lawak Lucah Terhadap Fazura – ‘Biadab & Kurang Ajar!’

    Pencalonan di SDA 2025 sekali gus membuka jalan untuk karier aktres berusia 25 tahun itu terus berkembang ke peringkat antarabangsa.

    SDA merupakan salah satu anugerah drama paling berprestij di Asia, di mana pemenangnya ditentukan melalui undian peminat global menerusi aplikasi IDOL CHAMP.

    Tahun lalu, Malaysia berjaya meraih kemenangan menerusi Siti Saleha bagi kategori sama.

    The post Malaysia Bangga! Anna Jobling Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah