31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL40: Lagu ‘Tiwikarma’ Diramal Jadi Juara, KOI Tidak Letak Harapan Tinggi – ‘Juri Profesional Akan Menentukan’

    Shopee Sale

    Kumpulan rap KOI mengakui tertekan apabila lagu Tiwikarma disebut sebagai antara calon pilihan untuk muncul juara pada Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang bakal berlangsung pada 15 Ogos ini.

    Artikel Berkaitan: AJL40: ‘Habis Buletin TV3 Jangan Berganjak Depan TV, Sebab Opening Mega’

    Artikel Berkaitan : AJL40 Aina Abdul Janji Kelainan, Sedang ‘Prep’ Vokal & Tak Fikir Soal Menang – ‘Saingan Tahun Ini Kuat’

    Diramal juara?

    Bagaimanapun, kumpulan yang dianggotai Tuan Nikky, Himo, Esihoi, Raf dan Mya Na Na itu memilih untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi, sebaliknya mahu memberikan persembahan terbaik pada malam pertandingan.

    Menurut Himo, mara ke pentas akhir AJL40 sudah dianggap sebagai satu pencapaian besar buat mereka memandangkan ini merupakan pengalaman yang cukup bermakna.

    Kalau ikutkan memang tertekan sebab orang dah bercakap pasal lagu ini. Cuma kami tak letakkan sasaran yang terlalu tinggi. Bagi kami dapat melangkah ke peringkat akhir dah satu kejayaan dan membawa makna besar.

    Tapi kalau cakap soal harapan untuk menang, siapa yang menyertai AJL mestilah ada harapan. Semua orang yang bertanding pasti mengharapkan sesuatu, sama ada tempat ataupun anugerah pada malam itu.

    Cuma harapan kami tidaklah terlalu besar. Jika menang itu bonus, tak menang pun kami tetap rasa dah menang kerana berjaya sampai ke AJL.

    KOI berkata demikian ketika ditemui pada sidang media AJL40: The First Look yang berlangsung di St. Regis Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Selepas Dua Bulan Bergelar Ibu, Atikah Suhaime Kongsi Momen Pertama Kali Mandikan Anak

    Mengulas mengenai kemungkinan bergelar juara, Tuan Nikky berkata mereka tidak pernah memikirkan perkara itu kerana percaya sepenuhnya kepada kredibiliti barisan juri dalam menentukan pemenang.

    Katanya, semua 10 lagu yang layak ke AJL40 mempunyai keistimewaan tersendiri dan peluang yang sama untuk bergelar juara.

    Setakat ini memang kami tak terfikir sampai ke tahap itu. Kalau menang itu rezeki, sebab kami percaya juri semuanya profesional. Juri akan menentukan siapa terbaik, kerana semua 10 lagu yang bertanding terbaik.

    Kami sendiri pun tak sangka boleh masuk AJL, apatah lagi Tiwikarma dihasilkan dalam masa yang sangat singkat. Lebih kurang seminggu dah siap, jadi kami serahkan semua pada rezeki.

    Dalam pada itu, KOI turut memaklumkan mereka akan terus mengekalkan identiti bertopeng ketika membuat persembahan di pentas AJL40 dan tidak bercadang mendedahkan wajah sebenar setiap anggota.

    Menurut Esihoi, identiti misteri itu bukan sekadar konsep persembahan, malah bagi melindungi privasi semua anggota yang masing-masing masih mempunyai kerjaya tetap di luar bidang muzik.

    Selain KOI, AJL40 turut menyaksikan saingan sengit daripada barisan finalis lain iaitu Marsha Milan, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Amir Masdi, Aisha Retno, Hazama, Wani Kayrie, Ryenald Guntabid, Luca Sickta serta Kmy Kmo & Salammusik yang bakal merebut gelaran juara pada malam kemuncak nanti.

    The post AJL40: Lagu ‘Tiwikarma’ Diramal Jadi Juara, KOI Tidak Letak Harapan Tinggi – ‘Juri Profesional Akan Menentukan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah