29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sanusi pertahan diri, petik ucapan 3 tokoh British sebelum merdeka

    Shopee Sale

    Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor tampil dengan hujah tersendiri dalam mempertahankan ucapannya yang didakwa berunsur perkauman ketika berkempen PKR Negeri Sembilan, minggu lepas dengan memetik kenyataan tiga orang tokoh British.

    Pengarah pilihan raya PN itu berkata, konteks ucapannya itu menghubungkan identiti sejarah Tanah Melayu dengan kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan keperluan masyarakat Melayu mengambil berat tentang perkembangan politik semasa.

    Sanusi turut mengemukakan hujah akademik, mendakwa ungkapan Tanah Melayu merupakan tanah air sejarah dan satu-satunya tanah air orang Melayu bukanlah gagasan baru yang diciptanya tahun ini.

    Menurutnya, inti pati sama pernah dinyatakan secara rasmi oleh sekurang-kurangnya tiga tokoh British dalam perbahasan Parlimen United Kingdom iaitu Oliver Stanley pada 1946, Lord Killearn (Miles Wedderburn Lampson) (1949) dan Lord Ogmore (David Rees Rees-Williams) (1957).

    "Ucapan saya tidak sepatutnya terus dijadikan isu seolah-olah saya memperkenalkan suatu doktrin perkauman baru atau menafikan kewarganegaraan rakyat Malaysia bukan Melayu.

    "Apa yang saya nyatakan mempunyai akar sejarah yang jelas dalam rekod rasmi British mengenai Tanah Melayu," katanya dalam kenyataan panjang lebar, hari ini.

    Muhammad Sanusi Md Nor

    Terdahulu, media melaporkan Sanusi ketika berceramah di Jempol menyebut yang orang Melayu tidak mempunyai tanah air lain kecuali Malaysia berbanding kaum-kaum lain.

    “Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu (Malaysia) ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand.

    MENARIK:  Larangan rumah terbuka Aidilfitri di tokong wajar, kata Zainul Rijal

    "Melayu di mana? Melayu di sini saja," katanya.

    Kenyataan itu menjadi kontroversi dengan reaksi pelbagai pihak yang membahaskan isu berkenaan.

    Bagaimanapun Adun Jeneri itu mendakwa kenyataannya diputar belit dan mengatakan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwa memanipulasi kenyataannya.

    Dia juga mengancam akan mengambil tindakan undang-undang termasuk saman terhadap mana-mana individu atau pihak yang sengaja memutar belit kenyataannya bagi kepentingan politik.

    Sanusi hari ini memetik hansard perbahasan Stanley antara lain menyatakan Tanah Melayu ialah tanah air tradisional orang Melayu, manakala Killern menyatakan nama 'Malaya' sendiri membawa maksud tanah Orang Melayu.

    "Ungkapan Lord Ogmore (pula) sama dengan ungkapan saya. Saya kata Melayu ada Tanah Melayu ni saja," katanya.

    Tambahnya lagi, Lord Ogmore menyampaikan pandangan tersebut ketika membincangkan kompromi perlembagaan merdeka.

    "Beliau menyenaraikan isu kewarganegaraan, agama, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu serta status Pulau Pinang dan Melaka sebagai perkara yang berpotensi menimbulkan pertikaian.

    "Beliau juga menyebut bahawa Tanah Melayu ketika itu mempunyai kira-kira 3.2 juta orang Melayu, 2.5 juta orang Cina dan 800,000 orang India. Cabaran utama pembentukan perlembagaan ialah mewujudkan  sebuah negara yang dapat diterima oleh amsyarakat berbilang kaum tanpa menghapuskan sejarah, institusi dan kedudukan masyarakat Melayu," katanya.

    Malaysiakini turut menyiarkan penjelasan penuh Sanusi mengenai kontroversi tersebut. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah