MAGGI® sekali lagi meneruskan tradisi mengagihkan bubur lambuk sempena bulan Ramadan pada tahun ini melalui inisiatif MAGGI® Bubur Lambuk Berkat Setempat.
Artikel Berkaitan: Datin Paduka Eina Azman & Anne Idris Perkasa Wanita Bersama Maggi® Sempena Hari Wanita Sedunia
Kerjasama dengan rakan komuniti

Ketika ditemui , Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia, Ivy Tan Link Cheh berkata tahun ini MAGGI® bekerjasama dengan rakan komuniti di seluruh negara untuk membantu menyediakan dan mengagihkan lebih 400,000 mangkuk Bubur Lambuk di lebih 300 lokasi.
Kata Ivy, selain menyumbang bahan masakan, MAGGI® turut menyediakan bumbu serta panduan memasak bagi memastikan penyediaan berjalan lancar.
Tradisi Bubur Lambuk mencerminkan semangat kebersamaan dan gotong-royong yang amat dekat dengan masyarakat Malaysia.
Melalui inisiatif MAGGI®Bubur Lambuk Berkat Setempat, MAGGI® berpeluang berganding bahu dengan komuniti di seluruh negara untuk terus menghidupkan tradisi ini.
Di PPR HICOM, kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan rakan komuniti untuk menyediakan dan mengagihkan sebanyak1,800 mangkuk Bubur Lambuk kepada penduduk setempat.
Kami berharap usaha seperti ini bukan sahaja dapat menyantuni masyarakat, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus memelihara dan meneruskan tradisi ini.
Difahamkan, inisiatif tahun ini turut diperluaskan melalui kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Kerjasama juga dijalinkan bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Suri Rumah Rahmah (SRR) serta Penerokawati.
The post MAGGI Teruskan Tradisi Bubur Lambuk Ramadan, Satukan Komuniti & Generasi Muda first appeared on OHBULAN!.





