34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lepas Ni Kalau Nak Tegur Selebriti DM Je Daripada Cuba Memalukan, Kami Tak Sempurna’ – Fasha Sandha

    Shopee Sale

    Pelakon Fasha Sandha, tampil mempersoalkan tindakan pempengaruh media sosial, Tareq Fit, yang didakwa sering mengeluarkan kenyataan berbaur kritikan terhadap penggiat seni tempatan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Wajar Persoalkan Pemilihannya Sebagai Hero, Saya Percaya Dia Berbakat – Fasha Sandha ‘Backup’ Firdaus Karim

    Artikel Berkaitan: ‘Pergi Bali Ditaja, Makan & Spa Pun Dia Belanja’ – Individu Kagum Cara Fasha Sandha Hargai Peminat

    Persoal tindakan pempengaruh

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Fasha menempelak tindakan Tareq yang membangkitkan isu hukum hakam secara terbuka sehingga menyentuh sensitiviti rakan artis lain.

    Siapa kita untuk nak kata haram atau halal? Maaf, ni ustaz ke? Saya dari hari tu, macam nak tulis bila dia mengata pasal Que Haidar lapar perhatian, macam sotong. 

    Saya macam nak tanya dia, tahu tak Que Haidar tu mencari rezeki untuk keluarga dia dan disebabkan video tu juga, asbab untuk dia bangkit semula selepas lama berehat dari industri.

    Mengulas berkaitan kenyataan Tareq yang mendakwa penganjuran sesebuah konsert dianggap sebagai tempat bermaksiat, Fasha berkata ia bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya merupakan acara berunsur kebajikan.

    Hari ini keluar di explore dia cakap bab idola saya, pasal halal haram, pasal pergi tempat bermaksiat.

    Konsert tu juga adalah konsert untuk amal kebajikan. Konsert juga dihadiri ramai selebriti, vips, ahli-ahli agama dan ramai kerabat dan YM permaisuri.

    Jangan tegur secara terbuka

    View this post on Instagram

    A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

    Tegas Fasha, sekiranya seseorang itu benar-benar berniat untuk menegur atau memberi nasihat demi kebaikan, ia seharusnya dilakukan secara berhemah dan bukannya dijadikan konten media sosial.

    Saya memang tak hebat bab agama, saya kerdil dan banyak kelemahan, tapi dalam Islam boleh ke buat teguran secara terbuka begini? Bukankah ini meng’aib’ kan?

    Asal artis sahaja, selalu kena terima teguran secara terbuka begini. Ustaz-ustaz ini sempurna sangatkah? Kalau betul-betul ingin menegur, boleh hantar pesanan peribadi (DM). Maaf, jujur saya katakan.

    Maaf ustaz, saya harap selepas ini kalau hendak menegur selebriti, boleh melalui DM sahaja daripada cuba memalukan kami.

    Ya, kami tidak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi hanya Allah yang boleh menghakimi (menilai), bukannya ustaz.

    Fasha berharap agar para pempengaruh atau ‘ustaz media sosial’ lebih sensitif sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati pihak lain.

    MENARIK:  [VIDEO] Penglibatan Mass Factor Atas Permintaannya Sendiri’ – Roslan Shah Nafi Tunggang OKU Demi Raih Tontonan

    Sumber: Instagram Fasha Sandha

    The post ‘Lepas Ni Kalau Nak Tegur Selebriti DM Je Daripada Cuba Memalukan, Kami Tak Sempurna’ – Fasha Sandha first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah