26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki yang Pernah Ditumbuk di Hadapan Sogo KL Kini Menjadi ‘Big Boss’ di Pakistan

    Shopee Sale



    Di TikTok, tular satu video memaparkan seorang warga Pakistan yang berkongsi pengalaman dukanya sewaktu bekerja di Malaysia satu ketika dahulu.

    Kena tumbuk depan Sogo

    Menerusi perkongsian individu dikenali sebagai Ahmad Isa, lelaki yang dikenali sebagai Usman itu mendedahkan dia pernah bekerja di sebuah kedai menjual kain fabrik berhadapan dengan pusat beli belah Sogo, Kuala Lumpur.

    Menurut Usman, dia kemudiannya berpindah ke negara asalnya kerana serik menjadi mangsa samun sewaktu mencari rezeki di Malaysia.

    Bahkan, dia juga mendakwa pernah ditumbuk oleh seorang lelaki tempatan sewaktu sedang bekerja.

    Dulu saya kerja berhadapan dengan Sogo, Kuala Lumpur di sebuah kedai fabrik di sana. Saya balik ke Pakistan semula sebab orang pukul saya.

    Bukan itu saja, barang jualan saya dan pasport juga diambil membuatkan saya jadi susah.

    Namun begitu, Usman mendedahkan dia sama sekali tidak mengambil hati dengan kejadian yang menimpanya itu.

    Setiap orang ada lima jari tapi semua jari itu tidak sama sifatnya.

    Ada orang baik dan ada juga orang yang jahat tak kira di mana pun kita berada.

    Di akhir video tersebut, dapat dilihat Usman mengagihkan beberapa plastik berupa makanan termasuk buah epal kepada Ahmad dan rakan-rakannya.

    MENARIK:  [VIDEO] Khairul Aming Digelar ‘Majikan Dari Syurga’, Netizen Ramai Nak Mohon Kerja – ‘Bestnya Dapat Boss Macam KA’

    Sikap yang ditunjukkan Usman untuk membuatkan Ahmad berasa malu kerana memikirkan layanan yang diterima lelaki tersebut sewaktu mencari rezeki di Malaysia.

    Dekat sana dia kena tumbuk, dekat sini dia bagi orang Malaysia macam-macam.

    Video

    " data-video-id="7333462167406103815">
    @ahmad.bin.isa DULU KENA PUKUL, SEKARANG JADI BOS ?? #KayuhanHaji2024 ? original sound – Ahmad Isa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah