27.4 C
Kuala Lumpur
Monday, October 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Selalu Tanya Dia..Tak Rasa Rendah Darjat Ke Kalau Dengan Saya?’ – DJ Kidd Sebak, Kongsi Keperibadian Emma Maembong 

    Shopee Sale

    Kekasih kepada pelakon Emma Maembong iaitu DJ Kidd, bergenang air mata apabila menyatakan bahawa aktres itu sentiasa memberikan sokongan meskipun terdapat segelintir pihak yang memandang rendah terhadapnya.

    Artikel Berkaitan: Jika Dunia Tahu Betapa Aku Memperjuangkan Cinta Kita..’ – DJ Kidd

    DJ Kidd sebak

    Screenshot

    Ketika ditemui Dj Kidd atau atau nama sebenarnya Nur Irfan, mengakui bahawa Emma banyak membuka pintu rezeki untuknya.

    Saya okay saja, dia (Emma) banyak memberi rezeki. Emma adalah punca rezeki saya. 

    Emma banyak bantu dan menyokong saya, walaupun ramai orang merendahkan saya tetapi hanya Allah yang tahu.

    Saya akan buat yang terbaik untuk Emma. Doakanlah yang terbaik untuk kami.

    DJ Kidd berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada Ahad. 

    Terkesan dengan kata-kata negatif, DJ Kidd mendedahkan pernah bertanya sendiri kepada Emma sama ada dirinya sesuai atau tidak untuk menjadi pasangan aktres itu.

    MENARIK:  Hazeman Huzair Yakin Naz Rahman & Sissy Imann Ada Pesona Tersendiri Kendali AJL39 – ‘Setiap Pengacara Ada Cara Masing-Masing’

    Walau bagaimanapun, DJ Kidd berkata, Emma bukan wanita materialistik, sebaliknya dia menilai daripada sikap tanggungjawab dan keperibadian seseorang.

    Sebelum ini ramai orang yang pandang rendah dengan saya. Saya selalu tanya tak rasa rendah darjat ke kalau berkawan dengan saya.

    Emma adalah seorang wanita yang tidak memandang harta. Dia lebih mementingkan hati budi dan orang yang bertanggungjawab ke atas dirinya.

    Saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Saya akan menjaga hatinya, jangan bagi dia sedih dan berikan perhatian buatnya.

    Sekitar Mac lalu, DJ Kidd memaklumkan bahawa percintaan mereka telah berakhir.

    Namun, hubungan mereka didakwa kembali terjalin selepas tular foto bersama dia media sosial.

    Untuk info, hubungan mereka mula menjadi perhatian warganet sejak setahun lalu.

    The post [VIDEO] ‘Selalu Tanya Dia..Tak Rasa Rendah Darjat Ke Kalau Dengan Saya?’ – DJ Kidd Sebak, Kongsi Keperibadian Emma Maembong  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah