Ucapan menyentuh hati yang disampaikan oleh anak sulung kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah, Mohamad Ayden Adrean mengundang sebak dalam kalangan tetamu pada majlis walimatulurus ibunya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq semalam.
Artikel Berkaitan: Team BASS Sediakan Enam Hadiah Istimewa Buat Syed Saddiq & Bella Astillah
Artikel Berkaitan: ‘Bella Selalu Senyum & Tegur Bila Terserempak’ – Rakan Sekolah Puji Keperibadian Bella Astillah
Ucapan
View on Threads
Dalam ucapan penuh emosi itu, Ayden, 9, menyingkap kembali memori zaman kanak-kanaknya ketika melihat fasa sukar yang pernah dilalui oleh ibunya sebelum kehadiran Saddiq dalam hidup mereka.
Ada kalanya saya melihat Mummy menangis, ketika itu saya masih kecil dan kadang-kadang saya tidak memahami apa yang sedang berlaku.
Saya hanya tahu Mummy sedih dan sebagai anaknya, satu-satunya perkara yang saya inginkan ialah melihat Mummy tersenyum semula.
Ayden kemudian menzahirkan rasa syukur kepada Saddiq yang disifatkan telah mengembalikan keceriaan dalam kehidupan ibunya.
Kemudian, Daddy hadir dalam hidupnya. Perlahan-lahan, saya mula melihat Mummy lebih kerap tersenyum, lebih banyak ketawa, dan saya melihat Mummy kembali bahagia.
Daddy menerima kami, tidak pernah membuat kami berasa seolah-olah kami hanyalah anak-anak Mummy semata-mata.
Daddy menjadikan kami sebahagian daripada keluarga Daddy juga. Terima kasih kerana memilih Mummy dan menyayanginya.
Ayden turut menitipkan pesanan penuh kasih sayang buat ibunya yang selama ini banyak berkorban membesarkan mereka.
Mummy, saya cuma mahu Mummy tahu bahawa saya sangat menyayangi Mummy. Mummy sentiasa menjaga kami, walaupun ia menuntut banyak pengorbanan.
Teruslah saling menyayangi dan menjaga ikatan hati antara satu sama lain.
Untuk rekod, Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober lalu.
Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Alif Aziz pada September 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019 dan kemudian rujuk semula namun akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden dan Ara Adreanna, 6.
Sumber: Threads
The post Ucapan Ayden Di Majlis Perkahwinan Bella Astillah & Syed Saddiq Undang Sebak – ‘Ada Kalanya Saya Melihat Mummy Menangis…’ first appeared on OHBULAN!.





