28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Rakam dan Jual Video lucah Dengan 20 Wanita Masih Dalam Tahanan Reman

    Shopee Sale



    Seorang lelaki yang menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita menerusi media sosial masih direman sehingga esok. Turut direman adalah dua wanita.

    Dalam tahanan reman

    Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kertas siasatan kes akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat, selepas ia lengkap.

    Ketiga-tiga suspek kini masih dalam tahanan reman sehingga esok dan siasatan sedang dilengkapkan.

    Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tempatan menjalankan aktiviti menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial.

    Lelaki yang berusia 31 tahun itu ditahan di Janda Baik, Pahang, pada 18 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

    Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah itu yang turut didiami bapa lelaki terbabit.

    Ujar Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, siasatan awal mendapati suspek yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai, memulakan aktiviti menjual ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial, pada awal tahun lalu.

    MENARIK:  Penyanyi & Penulis Lagu Berbakat Indonesia Sal Priadi Zuzuzaza Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

    Demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video ketika melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual video aksi itu dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu.

    Susulan itu, suspek bersama dua teman wanitanya direman selama lima hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 292 kanun sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah