28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek Kes B*nuh Sabari Ketagih Main Judi, RM16,000 Habis Di Kasino Batam

    Shopee Sale



    Seorang suspek lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai mencampak pesara kewangan FELCRA, Sabari Baharom, dipercayai membelanjakan RM16,000 untuk berjudi di Batam, Indonesia, sebelum ditahan polis.

    Ketagih main judi

    Memetik laporan BH Online, suspek dan bersama anak saudaranya yang berusia 26 tahun ke Batam selepas bertindak membunuh Sabari dan mengeluarkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.

    Difahamkan, suspek seorang yang ketagih bermain judi dan sering keluar negara bagi melakukan kegiatan berkenaan.

    Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi. Suspek dikatakan mengalami ketagihan judi dan turut bermain judi dalam talian.

    Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air.

    Jumaat lalu, suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air. Mereka tidak menyedari pihak polis berjaya mengenal pasti identiti mereka.

    MENARIK:  ‘Aku Bukan Sugar Baby Atau Wanita Belaan’ – Elcah Pandai Cari Duit Sendiri

    Gagal dikesan

    Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, operasi pencarian mayat Sabari dihentikan petang semalam, selepas polis gagal menemui sebarang petunjuk sejak tiga hari lalu.

    Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah