32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lebih Selesa Katakan Yang Saya Akan Cuba Perbaiki Diri’ – Izara Aishah

    Shopee Sale



    Izara Aishah

    Pelakon Izara Aishah memilih untuk tidak mencanang perihal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

    Perbaiki diri

    Izara Aishah

    Menurut Izara, dia sentiasa cuba memperbaiki diri ke arah lebih baik serta perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.

    Kata Izara, 33, dia enggan timbul kata-kata tidak manis yang merasakan dia sengaja ‘menunjuk baik.’

    Kalau ditanya pasal perancangan pada bulan Ramadan ini, saya tidaklah ada apa sangat.

    Saya lebih selesa katakan yang saya akan cuba perbaiki diri dan dekatkan diri lagi dengan-Nya sebab ini pun bulan yang mulia.

    Namun apa benda yang saya nak buat itu, saya lebih suka untuk simpan sahaja untuk diri sendiri.

    Saya malu nak kongsikan sebab nanti orang kata ‘oh dia ni hendak menunjuk pula’. Jadi saya takut jadi macam itu. Tetapi ada jugalah kelas-kelas agama yang saya ikuti juga.

    Hadir kelas agama

    Izara Aishah

    Tambah menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia gemar mengikuti kelas agama di bawah bimbingan Ustaz Wadi bagi menambah ilmu baru.

    Dalam pada itu, pemilik nama Izara Aishah Hisham menyatakan dia tumpang gembira melihat rakan-rakan selebriti yang sudah berhijrah dengan penampilan berhijab.

    Alhamdulillah, saya sudah tentu turut berasa gembira dengan mereka. Semoga terus istiqamah dan semoga Allah S.W.T menerima segala ibadah.

    Izara berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Petra Lebaran 2025 di Pavilion Damansara Heights baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Raf Yaakob Menerangkan Makna Lambang Bintang Dalam Cincin – ‘Jangan Salah Tafsir’

    Bercerita mengenai Petra Lebaran 2025, koleksi edisi kali ini memperkenalkan rekaan yang menterjermahkan makna sebenar effortless sophistication.

    Diinspirasikan daripada keindahan alam semula jadi yang tenang, motif botani dan bunga yang asli, lantas dihidupkan melalui palet warna natural dalam nuansasegar dan polos.

    Buat para lelaki, Petra turut menyediakan pilihan Baju Melayu Teluk Belanga bersama padanan sampin yang klasik dan menyerlahkan gaya jati diri lelaki tampan menawan dalam pilihan warna-warna polos dan moden pada harga RM199.

    Petra Lebaran 2025 Collection boleh di dapati di laman http://www.petrartw.com atau pembelian terus di butik PETRA di Shah Alam, Selangor, Isetan KLCC dan di Pavilion Damansara Heights pada harga bermula RM329 sehingga RM549.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah