24.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Menggunakan Kunci Stereng untuk Pukul Muka Ibunya Ketika Tidur Yang Sedap

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang lelaki yang disyaki memukul muka ibu kandung sendiri menggunakan kunci stereng akhirnya ditahan polis bagi membantu siasatan.

    Pukul ibu guna stereng

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Harian Metro, insiden cemas itu berlaku ketika mangsa yang berusia 74 tahun sedang tidur di rumahnya Taman Muda Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, motif tertuduh bertindak sedemikian disebabkan berang kerana mangsa telah meletakkan rak kasut sehingga menghalang laluannya.

    Jam 12.30 tengah malam kelmarin (Isnin) ketika mangsa sedang tidur dipukul oleh suspek menggunakan kunci stereng.

    Seorang lagi anak mangsa yang cuba meleraikan kejadian itu turut ditumbuk oleh suspek.

    Hasil siasatan awal mendapati tertuduh, 36, juga mempunyai hubungan kurang baik dengan ibunya sejak sedekad lalu. Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah dua gigi hadapan.

    MENARIK:  Filem Imaginur & Abang Adik Bersaing Sengit, Tercalon Lebih 10 Kategori & Diramal Menang Filem Terbaik Di FFM 33

    Tertuduh direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol dan disahkan tidak mengalami gangguan mental.

    Jika disabit kesalahan suspek hendaklah dihukum dengan pemenjaraan sehingga dua puluh tahundan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah