27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lakonan Amir Nafis, Pekin Ibrahim & Mona Allen Raih Pujian, Angkat Kisah Trauma Anak Gara-Gara Ibu Bapa Bercerai

    Shopee Sale



    bateriku

    Lakonan pelakon berbakat, Amir Nafis, Pekin Ibrahim dan Mona Allen meraih perhatian warganet apabila mengangkat kisah anak yang trauma kerana perceraian ibu bapa.

    Trauma dengan bateri kereta

    bateriku

    Iklan Raya Bateriku yang berjudul Battery Killer Raya, telah meraih hampir 230,000 tontonan di TikTok selepas rata-rata penonton berkongsi semula di aplikasi X dan memberi komen positif.

    Menjadi episod terakhir kepada siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai identiti sebenar Battery Killer, watak Syawal yang dilakonkan oleh Amir Nafis.

    Dalam penceritaan dramatik ini, Syawal digambarkan sebagai individu yang ‘membunuh’ bateri kereta orang lain setiap kali musim perayaan, berpunca daripada trauma masa kecilnya.

    Dalam iklan ini, Syawal mengalami trauma selepas menyaksikan ibu bapanya bertengkar teruk ketika perjalanan pulang ke kampung pada musim Hari Raya 15 tahun lalu.

    Punca pergaduhan mereka adalah masalah bateri kereta yang akhirnya membawa kepada perceraian. Kesan daripada insiden itu, Syawal membesar dengan perasaan dendam dan memilih untuk menyebabkan kesusahan kepada orang lain dengan merosakkan bateri kereta mereka.

    " data-video-id="7483818150245485832">
    @bateriku.com Iklan Raya 2025 | Battery Killer Raya ?? Adakah Battery Killer bakal mengganas atau kembali ke pangkal jalan di Hari Raya ini? ? Ingat! Bateriku beroperasi seperti biasa di Hari Raya ini. Dapatkan diskaun RM30 dengan promo code RAYA30 semasa menukar bateri kereta! Jangan biarkan anak anda menjadi #BatteryKiller seterusnya! #TukarSebelumKong ? Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ? Ikhlas dari kami, Bateriku.com! ?? @imamirnafis @mona_allen @pekinibrahim74 #Baterikudotcom #CarBreakdown #Baterikong #HariRaya #IklanRaya ? original sound – Baterikudotcom
    MENARIK:  Nora Danish Mahu Mickey Ayo Biasakan Diri Dengan Industri Seni, Belum Sedia ‘Reveal’ Hubungan Sebenar

    Iklan ini turut memaparkan kesan jangka panjang perceraian terhadap anak-anak. Syawal yang kini dewasa sering merasa kesepian setiap kali musim perayaan kerana keluarganya sudah tidak lagi lengkap.

    Namun, dalam satu babak emosional, bapanya yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim akhirnya meminta maaf atas kesilapan lalu, menyedari pertengkaran mereka telah memberikan kesan mendalam kepada Syawal.

    Angkat mesej bermanfaat

    bateriku iklan

    Di platform media sosial, warganet memuji keberanian iklan Raya ini dalam mengangkat isu serius seperti kesan perceraian dan kepentingan penyelenggaraan kenderaan menjelang musim perayaan.

    Selain itu, ramai yang turut mengapresiasi kritikan sosial yang disampaikan dalam iklan ini. Rata-rata warganet berpendapat pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh meninggalkan kesan trauma yang berkekalan.

    Mereka menekankan walaupun isu bateri kereta kelihatan remeh, ia boleh menjadi punca konflik besar dalam keluarga, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

    Ada juga yang mengaitkan mesej iklan ini dengan peningkatan kes perceraian dalam kalangan selebriti dan influencer, di mana anak-anak sering menjadi mangsa keadaan apabila kisah peribadi ibu bapa dikongsikan di media sosial.

    Dalam masa sama, ini sebagai satu peringatan buat ibu bapa agar tidak terlalu ego untuk meminta maaf kepada anak-anak. Mereka menegaskan anak juga mempunyai perasaan dan perlu diperlakukan dengan hormat, seperti mana orang dewasa mahu dihormati.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah