30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Danish Mahu Mickey Ayo Biasakan Diri Dengan Industri Seni, Belum Sedia ‘Reveal’ Hubungan Sebenar

    Shopee Sale

    Pelakon, Nora Danish memilih untuk tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai status hubungannya dengan perunding kewangan, Mickey Ayo, meskipun mereka dilihat semakin kerap muncul bersama sejak kebelakangan ini.

    Artikel Berkaitan: Mickey Ayo Buka Cerita Perkenalan Dengan Nora Danish – ‘Yang Pasti Bukan Di Instagram’

    Belum sedia reveal

    Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, masih terlalu awal untuk mereka berkongsi hal peribadi, apatah lagi berkaitan soal hati.

    Saya fikir masih terlalu awal untuk kami komen lebih lanjut. Insya-Allah, kalau ada apa-apa yang baik dan perlu dikongsi, kami akan beritahu perkara itu.

    Nora berkata demikian ketika ditemui dia program Amber Allstar Picklebash yang diadakan di sekitar ibu kota, pada Khamis.

    Dalam pertandingan tersebut, Nora dan Mickey bergandingan sebagai satu pasukan dan berjaya meraih tempat ketiga, sekali gus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM3,000 beserta trofi.

    Diminta mengulas mengenai doa yang dititip peminat, Nora meluahkan rasa syukur dan menzahirkan penghargaan atas keprihatinan yang tidak pernah putus.

    Sejak dahulu saya sangat bersyukur kerana memiliki penyokong yang sentiasa mendoakan yang terbaik dan bersama dengan saya sejak awal hingga sekarang.

    Terima kasih banyak kerana terus berada di sisi saya hingga hari ini. Saya amat menghargainya dan semoga kalian terus mendoakan yang terbaik buat semua.

    Mengulas mengenai Mickey yang kini mula menjadi tumpuan, Nora mengakui teman rapatnya itu masih menyesuaikan diri dengan perhatian orang ramai.

    Sebenarnya, saya serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Jika sudah tertulis begitu, saya terima sebagai takdir. Kadang-kadang memang ada tekanan, terutama bagi Mickey kerana dia tidak biasa dengan perhatian umum.

    Tetapi, saya selalu ingatkan dia supaya melihat semuanya dari sudut yang positif. Setiap perkara pasti ada hikmah.

    Saya juga selalu latih Mickey untuk menjadi kuat daripada segi mental dan fizikal. Dalam dunia ini, pasti ada yang suka dan ada yang tidak, itu lumrah.

    Sementara itu, Mickey mengaku dirinya agak kekok dengan perhatian yang diterima sejak rapat dengan selebriti popular itu.

    Memang sedikit kurang selesa sebab saya tak biasa dengan situasi begitu. Bidang saya pun bukan dalam dunia hiburan. Tapi, inilah dia, apabila kita berkawan dengan selebriti, perkara seperti ini memang tak dapat dielakkan.

    Imbas kembali, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum bercerai pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 7.

    MENARIK:  ‘Syed Saddiq Adalah Individu Yang Memberi Pengaruh Positif Dalam Hidup Bella’ – Puteri Sarah

    Aktres itu juga pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan berpisah pada 2008. Mereka memiliki seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 17.

    The post Nora Danish Mahu Mickey Ayo Biasakan Diri Dengan Industri Seni, Belum Sedia ‘Reveal’ Hubungan Sebenar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah