Maestro muzik, Datuk M. Nasir berkongsi bahawa dia tetap mengikuti perkembangan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40 yang berlangsung Sabtu lalu, meskipun secara berseloroh menyatakan dirinya ‘diheret’ untuk menonton acara berprestij tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] M.Nasir Enggan Komen Dakwaan Teater Mansur & Liu Bakal Diboikot – ‘Adalah Dalam Empat Orang’
Artikel Berkaitan: M.Nasir Yakin Aliff Aziz Miliki Kriteria Lengkap Jayakan Teater ‘Mansur & Liu’ – ‘Dia Pelakon Kedua Paling Tampan Di Malaysia’
Nilai karya baharu

Ketika ditemui , M.Nasir, 68, berkata tumpuan utamanya menonton pada kali ini adalah untuk menilai kekuatan karya-karya baharu yang ditampilkan.
Terikut jugalah (menonton AJL), ‘diheret’ jugalah. Tetapi saya cuma hendak dengar lagu-lagu baharu yang mempunyai kekuatan dan bagus. Ada jugalah.
Lagu-lagu yang menang itu okay dari segi melodi dan lirik. Cuma persembahan, saya tidak berapa (mendalaminya) sangat.
Saya lebih suka yang seadanya. Itu lebih kepada cita rasa. Tak boleh samakan dengan saya. Ada orang suka, ada orang suka benda-benda begitu.
Penyanyi dan komposer legenda itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Magnum Opus M Nasir Dekad Ke-5 di Istana Budaya (IB) pada petang Rabu.
Ketika ditanya mengenai pandangan Ketua Juri AJL40, Datuk Hashridz Murhim Hassim yang mengatakan kekuatan sesebuah lagu tidak hanya bergantung kepada nota tinggi, M.Nasir malah tidak menafikan perkara itu.
M.Nasir yang mempunyai pengalaman menjadi juri pada pentas berprestij itu berkata sesebuah lagu yang sedap tidak hanya memiliki nota yang tinggi tetapi mengambil kira perkara lain.
Bagi saya, lagu yang sedap (untuk menang). ‘High note’ tidak bermakna lagu itu sedap, ia bermaksud penyanyi itu boleh sampai ke nada tinggi, itu sahaja.
Tetapi kalau lagu yang sedap, ia tidak memerlukan ‘high note’. Cuma akhir-akhir ini memang susah hendak buat lagu yang tidak mempunyai ‘high note’ sebab kita sudah biasa. Kita sudah dibiasakan dengan perkara itu.
Tetapi kalau dalam dunia, dalam carta muzik dunia, kebanyakan lagu sebenarnya mudah dan sederhana.
Terdahulu, kumpulan K.O.I yang mempertaruhkan lagu Twikarma mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000.
The post ‘Lagu Yang Menang AJL40 Okay Dari Segi Melodi & Lirik’ – M.Nasir first appeared on OHBULAN!.





