27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lagu Minta Ampun Teguran Berbentuk Sarkastik’ – Shiha Zikir

    Shopee Sale

    Penyanyi Shiha Zikir melancarkan single terbaharu berjudul Minta Ampun yang membawa mesej tentang makna sebenar ucapan maaf dalam kehidupan seharian.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Yang Nampak Kedai Tutup Walhal Buka’ – Shiha Zikir Percaya Wujudnya Sihir, Tegas Bukan Punca Restoran Tamat Operasi

    Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Nasihat Amad Dayyan Jaga Percakapan Dengan Orang Dewasa – ‘Janji, Jangan Ulang Salah Sama’

    Teguran sarkastik

    Menurut Shiha, 38, dia cuba mengangkat kembali adat Melayu lama di mana amalan meminta maaf diamalkan dengan lebih ikhlas menerusi lagu bergenre tradisional sepenuhnya.

    Zaman sekarang, memang ramai orang minta maaf tetapi kadang-kadang, tak dinafikan bahawa bukan semua yang meminta maaf itu ikhlas.

    Itulah teguran berbentuk sarkastik yang cuba saya sampaikan dalam lagu Minta Ampun.

    Kata pemilik nama lengkap Nurshiha Mohd Zikir, dia melihat peluang menghasilkan lagu kolaborasi antara syarikat rakamannya Shiha Zikir Empire bersama Sony Music Entertainment Malaysia itu bagai pucuk dicita ulam mendatang.

    Syukur alhamdulillah, tak dapat digambarkan rasa gembira apabila saya dapat melancarkan lagu tradisional penuh seperti ini.

    Sudah lama saya tunggu dan sebenarnya, sewaktu saya menyertai D’Academy Asia 2015 dahulu, saya ada minta tolong Allahyarham Pak Ngah untuk hasilkan lagu tradisional untuk saya, tetapi sayangnya tak sempat kerana Pak Ngah sudah dijemput Ilahi.

    Selepas itu saya terus mencari lagu tradisional yang sesuai hinggalah saya diberi naskhah yang digubah Hafiz Hamidun serta lirik oleh Fedtri Yahya ini, memang sangat sesuai dengan suara dan kehendak saya. Kalau nak tahu, waktu pertama kali saya diberi dengar demo lagu ini pun, saya terus jatuh cinta!

    Difahamkan, naskhah Minta Ampun tidak disimpan lama kerana selepas mendengar demo, Shiha terus komited untuk proses rakaman.

    Perjalanan lagu ini sangat mudah, proses ubah suai pun tidak rumit. Saya cuma minta Hafiz menambah bahagian ‘dance break’ untuk saya tonjolkan lebih elemen tarian ketika mempersembahkannya.

    Selain bersemangat mengangkat irama tradisional dalam lagu ini, saya harap semua pendengar dapat mengambil teladan. Apabila kita meminta maaf, eloklah dibuat dengan ikhlas, Insya-Allah boleh meninggalkan kesan positif dalam kehidupan.

    Menyentuh tentang kerjasama dengan Hafiz Hamidun pula, Shiha sangat berpuas hati dan berharap agar mereka dapat bekerjasama lagi untuk lagu-lagu akan datang.

    Sejujurnya, Hafiz sudah jadi salah seorang komposer kegemaran saya. Bukan apa, dia sangat senang untuk bekerjasama.

    Apabila saya memberi ‘input’ sebagai penyanyi, dia mudah menerima dan membuat sedikit ubah suai dalam lagu mengikut kesesuaian.

    Selain itu, Hafiz juga banyak membantu dari segi penggayaan vokal khususnya lenggok suara (kerana dia penyanyi nasyid yang pandai bertaranum dan menggayakan lenggok suara), jadi lebih mudah kerja saya.

    Impian nak ada album tradisional

    Ditanya sama ada lagu Minta Ampun menjadi titik mula untuk menghasilkan lebih banyak lagu tradisional (bukan campuran) selepas ini, Shiha tidak menafikan perkara itu.

    Irama tradisional memang cinta hati saya. Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Dato’ Sharifah Aini dan lagu-lagu Melayu Asli.

    Saya ada impian untuk memiliki album yang memuatkan lagu-lagu tradisional. Jadi, saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya kumpul lagu tradisional sebanyak yang mungkin.

    Bagaimanapun, saya tahu apa yang saya mahukan. Saya tidaklah berjanji semua demo lagu tradisional yang dihantar kepada saya akan diterima. Memanglah semua lagu-lagu itu sedap belaka, tetapi saya perlu juga pertimbangkan ikut kesesuaian serta cara nyanyian saya.

    Insya-Allah, saya mahu lebih fokus dengan lagu tradisional penuh seperti lagu Minta Ampun ini, itulah misi saya. Kalau genre campuran tradisional atau ‘fusion’, saya pernah buat dan ramai juga penyanyi lain yang muncul dengan lagu sebegitu. Jadi, eloklah saya meneruskan legasi lagu-lagu tradisional sepenuhnya.

    Dalam pada itu, Shiha yang juga merupakan seorang usahawan berharap kesungguhannya dalam menghasilkan karya tradisional ini membuahkan hasil, yakni mendapat perhatian selayaknya daripada masyarakat Malaysia.

    Saya harap sesiapa saja yang dengar lagu Minta Ampun akan jatuh cinta dan boleh ingat untuk menyanyikannya.

    Bahagian korusnya memang senang diingat selain tarian yang boleh dijadikan trend di media sosial. Semoga selepas ini apabila orang sebut nama Shiha Zikir, mereka akan ingat lagu ini.

    Saya juga berharap lagu ini dapat memberi impak dan pengaruh positif kepada golongan Gen-Z untuk terus mencintai lagu-lagu tradisional kita.

    The post ‘Lagu Minta Ampun Teguran Berbentuk Sarkastik’ – Shiha Zikir first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Nonny Nadirah Buat Hal Berkemban Lagi! Dakwa Lagu & Lirik Ciptaan Sendiri Kena Curi

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah