34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lagu Ini Bukan Rekaan, Kisah Benar Hidup Mas Idayu’ – Farez Adnan

    Shopee Sale



    Penyanyi Farez Adnan berkongsi tentang single terbaharunya bersama rakan duet, Mas Idayu yang berjudul Air Titik Ke Batu.

    Kisah sebenar

     

    View this post on Instagram

    A post shared by MVM Production (@mvm_production)

    Ketika ditemui , Farez atau nama lengkapnya Muhd Fareezuan Adnan berkata, dia menyaksikan sendiri kisah duka yang dilalui Mas Idayu.

    Inspirasi daripada dugaan hidup penyanyi dangdut itu, Farez kemudiannya mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu.

    Saya sentiasa ada di sisi dia, sama ada dalam susah atau senang. Saya tahu apa yang terjadi dan semua lirik dalam lagu ini adalah berdasarkan apa yang saya lihat sendiri.

    Lagu ini bukan rekaan. la kisah benar. Bukan niat saya untuk memburukkan sesiapa tetapi ia adalah realiti kehidupan yang saya sendiri saksikan.

    Lagu ini juga ada kisah peribadi saya dengan cerita lebih kurang sama, cuma nak fokus dekat kisah mummy (panggilan mesra untuk Mas Idayu).

    Walaupun lagu ini tentang kisah sedih, saya tetap masukkan elemen muzik yang ceria supaya mummy boleh gembira menikmatinya.

    Menurut penyanyi berusia 30 tahun tersebut, dia menyifatkan Mas Idayu sebagai seorang wanita yang penyayang malah dianggap seperti ibunya sendiri.

    Dia mungkin nampak garang di luar, tapi saya tahu dia seorang yang sangat penyayang.

    Apa yang saya tulis dalam lagu in datang dari hati, sebab saya sayang dia seperti ibu saya sendiri.

    Farez berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu tersebut yang berlangsung di Puchong, Selangor baru-baru ini.

    MENARIK:  Shaniena Natasya Bakal Jadi Ibu, Kongsi Amalan Sebelum Tahiyat Akhir – ‘Selalu Baca Surah Yusuf’

    Mas Idayu terima baik

    Sementara itu, Mas Idayu turut menerima baik karya yang dihasilkan Farez meskipun lagu tersebut mengenai kisah peribadinya.

    Ya, memang itu kisah hidup saya, bukan orang lain. Saya okey saja Farez buat lagu ini sebab dia tahu cerita saya.

    Lagu ini sedap, lirik pun kena dengan saya. Kalau ada benda yang saya rasa menyakitkan atau tidak sesuai, mungkin saya tolak, tapi lagu in saya terima kerana ia menggambarkan kisah sebenar saya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah