30.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KWSP Turun Ke Universiti Untuk Kempen Literasi Kewangan. Perkasa Ilmu Simpanan Untuk Generasi Muda

    Shopee Sale

    Bila sebut pasal kewangan, ramai yang terus bayangkan topik berat, penuh nombor dan buat kepala pening. Tapi lain pula ceritanya di Swinburne University of Technology Sarawak baru-baru ni bila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hadir dengan pendekatan lebih santai dan fun untuk menarik minat student.

    Istimewa untuk kempen Simpan Baik-Baik, KWSP telah mengadakan sebuah acara yang berlangsung dari 9 hingga 11 September 2025.

    Games, Booth & Servis KWSP, Semua Ada!

    Sepanjang tiga hari, para pelajar disajikan dengan pelbagai aktiviti literasi kewangan interaktif termasuk kuiz, photobooth serta permainan. Haa.. Lepas penat-penat belajar, dapat release stress dengan kawan-kawan sambil kumpul ilmu pasal cara simpan duit.

    Ada juga Station Retirement Advisory (RA) yang mana sambil para pelajar enjoy aktiviti, mereka turut boleh dapatkan khidmat nasihat, buat transaksi atau tanya apa-apa soalan berkaitan simpanan persaraan.

    MENARIK:  Tudingan Pemilik 'Carwash' Patahkan Kunci Kereta Pelanggan Disangkal, Minta Maaf dan Menolak Fitnah

    Paling best, KWSP turut sediakan giveaway eksklusif untuk para pelajar, dengarnya ada macam-macam hadiah menarik yang mereka dapat bawa pulang!

    Celik Kewangan Demi Masa Depan Terjamin

    Inisiatif ni bukan saja berjaya tarik para pengunjung, tapi paling penting ia dapat membantu para pelajar faham betapa pentingnya simpan duit dari awal, kenal pasti servis KWSP dan tahu cara urus kewangan dengan bijak.

    Buat korang yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang acara atau kempen ni, korang boleh layari laman web KWSP di SINI atau ikuti Instagram mereka di SINI.

    The post KWSP Turun Ke Universiti Untuk Kempen Literasi Kewangan. Perkasa Ilmu Simpanan Untuk Generasi Muda first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah