25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 12, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tudingan Pemilik ‘Carwash’ Patahkan Kunci Kereta Pelanggan Disangkal, Minta Maaf dan Menolak Fitnah

    Shopee Sale



    Baru-baru ini tularnya video memaparkan pergaduhan yang berlaku di antara seorang pelanggan dengan pemilik kedai cuci kereta yang terletak di Taman Perling, Johor Bahru, Johor.

    Pelanggan tak puas hati

    Menerusi hantaran di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Aeenz Mohd Ghazali tampil meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap pemilik sebuah kedai cuci kereta selepas mendakwa kunci kereta jenis Proton Exora miliknya telah patah disebabkan oleh kecuaian premis terbabit.

    Aeenz mendakwa, kunci keretanya yang berada dalam keadaan baik diletakkan di tempat yang disediakan oleh kedai cuci kereta tersebut sebelum dimaklumkan keretanya sudah siap dicuci selepas sejam menunggu.

    Masa aku bagi kereta tu elok dan letak kunci di tempat yang disediakan dan diorang kata boleh ambil kereta dalam masa satu jam.

    Masa aku ambil kereta, aku nampak lampu kereta aku dah hidup jadi maknanya enjin kereta aku dah di ‘start’ kan oleh pekerja kedai cuci. Lalu aku pun bawa seperti biasa.

    Selang 10 ke 15 kedai, aku nak matikan enjin kereta dan masa itulah aku tahu yang kunci kereta aku dah berderai. Cip, bateri berderai dari ‘casing’ kunci.

    Melihat keadaan kunci keretanya itu, Aeens lantas menelefon suaminya untuk datang ke lokasi kejadian untuk menyelesaikan masalah yang belaku namun, berlaku sedikit salah faham sehinggakan mereka bertengkar dengan seorang lelaki yang dipercayai pemilik kepada kedai cuci berkenaan.

    Pemilik nafi patahkan kunci

    Dalam pada itu, pemilik kedai cuci kereta berkenaan tampil membuat permohonan maaf atas kebiadabannya terhadap pelanggan tersebut seperti mana yang tular di media sosial.

    MENARIK:  Nama Dipetik Skandal Dengan Harith Iskander, Influencer Nadira Isaac Tampil Bela Diri – ‘I Tak Ada Kaitan Lah’

    Menurut lelaki tersebut, dia mengakui dia bertindak tidak sopan dan tidak profesional terhadap pelanggannya itu berhubung kejadian yang berlaku.

    Saya akui kesalahan saya yang hilang sabar, kurang sopan dan tidak profesional.

    Video tersebut hanya ditayangkan momen ketika saya hilang sabar. Saya diancam oleh pelanggan dan sebab itulah saya berkelakuan kurang sopan.

    Sesungguhnya, adab dan kesopanan itu penting dan sekali saya minta maaf atas kekhilafan saya.

    Walau bagaimanapun, lelaki tersebut dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya menjadi penyebab kunci kereta kepunyaan pelanggannya itu patah.

    Saya jujur tidak patahkan kunci kereta tersebut dan saya mahu tegakkan kebenaran. Saya kenal diri saya yang sangat bertanggungjawab.

    Saya reda dengan fitnah dan ujian ini.

    Terdahulu, tularnya video memaparkan pergaduhan yang berlaku di antara seorang pemilik kedai cuci kereta bersama seorang pelanggan wanita yang dipercayai tidak berpuas hati kerana kunci keretanya patah.

    Menerusi video tersebut, dapat dilihat pertelingkahan hebat berlaku di antara pemilik kedai dan pelanggan wanita berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah