25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kurang Tajaan Dari Segi Kewangan, Teater Dang Anum (The Untold Story) Di Johor & Melaka Mungkin Terpaksa Digugurkan

    Shopee Sale



    Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) oleh Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) yang dijadualkan berlangsung di Johor dan Melaka, mungkin terpaksa digugurkan susulan kurang penajaan dari segi kewangan.

    Asam garam dalam dunia teater

    Pelakon teater Dang Anum

    Pengarah dan penulis skrip, Amirul Haswendy Ashari, 45, berkata pihaknya telah berusaha mencari penajaan, termasuk menghantar surat rayuan kepada urusetia Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyemak semula dana yang telah diluluskan sebelum ini.

    Namun apakan daya, jawapan yang diterima dari GSSK agak mengecewakan. Pun begitu, kami tidak patah semangat dan ‘redho’ dengan keputusan itu.

    Sebab difahamkan ada juga kumpulan lain yang turut berdepan isu sama, dan situasi ini sememangnya asam garam dalam dunia teater tempatan.

    Amirul turut mendedahkan jualan tiket dari DATUS sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos keseluruhan pementasan di negeri-negeri lain.

    Kredit foto oleh Shairazi Azlin

    The Redholah memerlukan sekurang-kurangnya RM250,000 untuk menampung segala kos pementasan di Putrajaya, Melaka, Johor dan rakaman dokumentari khas di Batam dan Riau, Indonesia.

    Memang agak berat untuk melepaskan jerayawara ke Melaka dan Johor sebab sejujurnya memang ada permintaan.

    Mungkin belum ada rezeki buat kami pada tahun ini. Doakan semoga kami dapat tunaikan ‘hutang’ ini pada tahun depan.

    Setakat ini DATUS menerima sokongan kerjasama dari Kolej Seni Kreatif, UiTM Puncak Perdana, selain tajaan 700 paket gula dari MSM.

    MENARIK:  Aaron Aziz Pertahan Niat Bersuara Bukan Mahu Tutup Pintu Rezeki Staf & Syarikat Agensi Umrah – ‘Saya Tidak Mahu Orang Berdaftar Dianiaya’

    Malah beberapa rakan artis seperti Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha telah sudi menaja tiket korporat untuk pelajar sekolah.

    DATUS dipentaskan sejak semalam sehingga Ahad ini, 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin (Cempaka Sari), Putrajaya.

    Antara pelakon adalah Adam Shahz, Ain Sufia, Along Eyzendy, AG Hafiz, Karl Dannish, Aman Salleh, Md. Husin dan Affan Mohd.

    Tiket pementasan boleh dibeli melalui http://www.ticket2u.com atau secara ‘walk-in’.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah