Pelakon Aedy Ashraf berkongsi mengenai ciri-ciri wanita idamannya yang diimpikan untuk dijadikan isteri, seterusnya menjalani kehidupan dan membina keluarga bersama.
Artikel Berkaitan: Reunion ‘Mawi & Ila’, Fatin Afeefa Bangga Lihat Kejayaan Aedy Ashraf
Artikel Berkaitan: ‘Arwah Pesan Jaga Keluarga & Berlakon Dengan Jujur’ – Aedy Ashraf
Perkahwinan idaman Aedy
Menerusi perkongsian di audio siar Sembang Seram, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkata, dia hanya mahu seorang wanita yang sederhana untuk dijadikan suri di hatinya.
Menurut Aedy, dia juga mahu menjalani kehidupan peribadi yang tenang dengan wanita itu dan menetapkan bahawa populariti hanya untuk kerjayanya sahaja.
Saya mahukan seorang wanita yang simple. Saya sentiasa berada di situasi yang sangat glamour, hidup saya sendiri glamour dan pernah bersama dengan seseorang yang glamour.
Pada akhirnya saya cuma nak sebuah kehidupan yang biasa sahaja.
Nak balik rumah dan hidup sebagai seorang yang normal kerana kerjaya saya sudah pun begitu (popular dan dikenali). Saya nak simple life.
Dalam masa yang sama, penerbit filem Tarung ini turut berkongsi tentang karakter wanita yang didambakannya.
Saya nak bila bangun tidur, saya lihat wajah dia dan saya tersenyum. Tetapi cantik adalah subjektif.
Bercerita lanjut, Aedy berkata, dia berharap agar keluarga yang dibina suatu hari nanti akan dilimpahi kasih sayang, serta berjanji untuk memberikan kehidupan yang baik kepada isteri dan anak tercinta.
Saya nak keluarga yang saya tak pernah ada.
Saya akan pastikan anak dan keluarga saya takkan lalui apa yang saya pernah lalui kerana bagi saya tak semua orang boleh hadap.
Sumber: Sembang Seram
The post [VIDEO] Aedy Ashraf Mahu Wanita ‘Simple’ Sebagai Isteri – ‘Saya Nak Keluarga Yang Tak Pernah Ada’ first appeared on OHBULAN!.





