Pempengaruh media sosial, Auntie Purple tampil meluahkan rasa kurang dengan tindakan anggota Senario, Lan Pet Pet yang didakwa membuat lawak berunsur lucah terhadap Fazura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lan Pet Pet Dikecam, Didakwa Buat Lawak Lucah Terhadap Fazura – ‘Biadab & Kurang Ajar!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Purple Dedah Mengapa Tak Pakai Baju Warna Ungu Ketika TikTok Awards – ‘Bukan Nak Memalukan Atau Aibkan Sesiapa’
Tak berakal

Menerusi perkongsian di Threads, Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin berkata tindakan tersebut mencerminkan sikap selebriti berkenaan yang kurang sensitif ketika bergurau.
Auntie Purple turut menyifatkan gurauan yang boleh memalukan atau mencalar maruah seseorang adalah tidak normal.
Cara orang tua-tua sedikit kurang akal dan tidak sensitif semasa bergurau. Kalau dibiar, yang tak tua pun akan rasa benda ni normal.
Gurauan itu tidak normal. Sama macam kes seorang datuk dan ratu sebelum ini.
Oleh itu, Auntie Purple berharap agar golongan yang lebih tua lebih berhati-hati dalam gurauan.
Tolonglah, minta tolong sangat orang tua jangan bergurau macam ini. Ikhlas dari saya yang dah tua tapi tidak suka bergurau kolor macam ini.
Sebelum ini, Lan Pet Pet berdepan dengan kritikan netizen selepas secara terbuka melakukan lawak yang mempunyai double meaning terhadap Fazura.
Sumber: Threads
The post ‘Kurang Berakal & Tak Sensitif – Auntie Purple Tegur Gurauan Lan Pet Pet Terhadap Fazura first appeared on OHBULAN!.





