28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kontroversi Viral: Pasangan TikTokers Bercerai Selepas Kandungan 2 Bulan Anak Pertama Melalui Czer. Apakah Penyebabnya?

    Shopee Sale



    Nama pasangan TikTokers iaitu Venny dan suaminya, Akash Elahi pernah menjadi perhatian ramai susulan tular kisah wanita itu disahkan hamil anak kedua selepas empat bulan melahirkan cahaya mata pertamanya melalui kaedah czer.

    Akash, Venny cerai

    Namun baru-baru ini, timbul pula satu isu yang kurang enak didengar apabila pasangan romantis itu didakwa sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing. Venny sebelum ini pernah memuat naik di IG Story menunjukkan satu dokumen cerai yang telah ditandatanganinya. Malah, wanita itu turut mendakwa punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan si suami bermain kayu tiga.

    Namun dakwaan itu disangkal oleh Akash malah lelaki itu menyifatkan apa yang berlaku adalah disebabkan sikap Venny sendiri yang kasar, tidak bertanggungjawab dan terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga mengabaikan anak-anak.

    Tidak terhenti di situ, Akash juga mendakwa dia sering dikasari oleh Venny di rumah mahupun di tempat awam termasuk wajahnya diludah. Venny juga dikatakan sering keluar rumah selama berhari-hari setiap kali berlakunya perselisihan faham antara mereka.

    MENARIK:  ‘Dari Segi Persembahan Memang Tak Sesuai Saya Dengan Dia’ – Stacy

    Akash akui dia sudah cuba sedaya upaya untuk mendidik Venny menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik namun gagal. Dan kini Akash akui sudah hilang kesabaran dan membuat keputusan untuk berpisah. Bagaimanapun, Akash berkata dia akan mengambil sepenuh tanggungjawab dalam menjaga keperluan dan kebajikan anak-anak dan bekas isterinya itu meskipun mereka sudah berpisah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah